meh click sini...

Thursday, April 29, 2010

Tips Keibubapaan

,
Artikel ini mama copy dari email yang dihantar dari kak ngah ...Gambar? Adalah koleksi peribadi mama..

Minda saya kembali aktif setelah mengendalikan dari program Asuh Fitrah-Memupuk Potensi Ana Ahad lepas. Alhamdulillah dengan peluang yang diberi. Mengendalikan Asuh fitrah sebenarnya muhasabah selain daripada perkongsian yang sangat bermakna bagi diri saya.

Asuh fitrah banyak mematangkan dan mengajar saya erti perjuangan . Minda saya masih terbayang muka ibu bapa muda yang hadir pada program itu. Sesuatu pada diri mereka yang mengingatkan ketika saya bergelar ibu muda.

Kalau saya boleh berkongsi sedikit, saya dapati golongan ibu bapa muda memerlukan perkongsian ikhlas pengalaman kita yang lebih berusia. Mereka memerlukan sentuhan sebenar perjalanan suka duka kita sebagai ibu atau bapa. Kita semua sama saja, mengharungi cabaran sebagai ibu bapa dengan belajar dan belajar dan belajar (learn, unlearn and relearn) . Dan kita masih membuat kesilapan dan menjadikan masalah sebagai peluang kita untuk belajar dan lebih mengenali diri. Tapi apa yang penting kita harus terus berkongsi bagi mendidik antara satu sama lain dan mendidik masyarakat. Itulah perjuangan.

Anak adalah anugerah yang tidak terhingga kepada kita. Sebagai ibu bapa kita mahukan yang terbaik untuk anak dan memang sedia berkorban apa sahaja. Dalam merealisasikan impian murni ini kita kadang-kadang terperangkap dalam kitaran hidup yang rutin dan memenatkan

Kita alpa sedikit keperluan diri kita. Kita juga lupa “ to have fun” . Tanpa kita sedari kadang-kadang kita tersedut masuk ke lubuk pusaran hidup yang mula menjadi ganas.

Saya dapati ibu-ibu selalunya jauh lebih mudah terperangkap berbanding golongan bapa. Mungkin saya mengaitkan diri dengan suami saya yang lebih simple cara hidupnya dan “a kampung boy”. Atau kadang-kadang saya menjadi mangsa stigma masyarakat yang mengharapkan saya berkorban dan melakukan semua seperti istilah “superwoman”.

Dalam hidup ini kita perlu mencari keseimbangan dan menuju kematangan. Kehadiran seorang anak sebenarnya menyediakan lebih ruang untuk diri kita mencari keseimbangan, bergembira dan menjadi lebih matang. Dalam lain perkataan kita juga membesar bersama anak-anak. Mengasuh anak-anak seharusnya sesuatu yang menyeronokkan dan kita masih boleh melakukan apa yang dahulunya menjadi kegemaran atau hobi kita. Malah dengan kehadiran anak-anak ia jauh lebih mudah dan seronok.
)
J( Ya, betul. Mengapa tak percaya….

Cuma kita perlu lebih kreatif melayari kehidupan dalam institusi keluarga dengan sumber manusia yang ada iaitu kita suami isteri dan anak-anak yang mewarnai kehidupan dengan pelbagai corak setiap hari.

Stres kerja rumah, pejabat dan kerja dakwah boleh diatasi bersama keluarga. Antara yang boleh kita lakukan adalah:-

1. Bermain –Fitrah anak belajar melalui bermain. Kita juga perlu bermain dengan anak-anak bagi mengisi masa berkualiti. Anak akan merasai di sayangi, dihargai dan gembira. Kerinduan anak kepada kita juga terubat.

Kita juga perlu bermain bagi mengubat rindu, memberi dan menerima kasih sayang anak dan menghilangkan stress.

Bermain apa sahaja permainan dalam atau luar rumah yang sesuai dengan tahap anak, masa dan persekitaran. Permainan tradisi jangan dilupakan.

Aktiviti luar yang agak fizikal dan lasak juga baik selepas balik kerja. Berlari bersama anak kecil misalnya sangat menggembirakan dan dapat mengeluarkan peluh dan toksin.

Kita akan rasa lebih bertenaga menjalankan kerja-kerja rumah selepas itu. Emosi anak akan lebih stabil dan kita dapat menyiapkan kerja dengan lebih tenang. Anak dan kita akan tidur dengan lebih lena dan bangun lebih segar untuk memulakan hari esok.



2. Aktiviti bersama alam

Sentiasa memelihara hubungan dengan alam. Anugerah alam ciptaan Allah SWT berupaya menenangkan, menyemai iman dan penawar bagi manusia. Aktiviti berkebun, menanam dan menjaga pokok bunga bukan sahaja menyihatkan malah membantu memupuk anak memelihara alam.

Nature walk dengan anak. Boleh guna deria untuk merasai kehadiran Allah SWT. Mungkin boleh bawa balik apa-apa untuk letak di sudut alam dalam atau luar rumah. Kanak-kanak seronok dan mereka belajar secara natural.

Bagi saya berjalan di tepi pantai, mengutip cengkerang untuk hiasan akuarium keluarga dan duduk di atas buai di bawah pokok mangga rumah kami sambil melihat kehijauan taman kecil ciptaan kami sekeluarga antara aktiviti alam yang cukup mendamaikan.

Saya juga suka memandu sambil melihat alam sekeliling dengan alunan Al-quran, nasyid, zikir.



3. Memelihara binatang

Kanak-kanak biasanya sangat sukakan binatang. Hobi memelihara haiwan peliharaan menyeronokkan dan mengeratkan hubungan kekeluargaan. Ia juga membantu menyemai sikap tanggungjawab anak menjaga kebajikan haiwan yang mereka sayangi.

Bagi saya melihat ikan-ikan berenang di dalam akuarium kecil rumah kami sambil menghirup secawan kopi adalah satu masa istimewa setiap hari.




4. Aktiviti kreatif

Mewarna, melukis, menconteng, menampal, kolaj, membuat kraf, bermain doh dan apa sahaja aktiviti kreatif. Yang penting aktiviti dilakukan dengan bebas mengikut kreativiti masing-masing.

5. Bercerita/berbual

Cerita dan berbual apa saja dan di mana sahaja. Sambil bergolek-golek di atas katil misalnya. Bukan sahaja anak kecil malah anak remaja saya masih suka aktiviti begini.

6. Nyanyian dan pergerakan kreatif

Anak kecil suka dinyanyikan. Menyanyi bersama juga aktiviti yang menyeronokkan. Boleh saja menari atau mengayakan apa sahaja pergerakan mengikut alunan lagu atau muzik. Seperti permainan tradisi, nyanyian tradisi jangan dilupakan.



7. Rehlah keluarga

Berkelah, balik kampung, berjalan malah shopping juga merehatkan minda.


8. Rutin Harian seperti memasak dan mengemas boleh menjadi seronok sekiranya kita kreatif. Libatkan seisi keluarga. Baru-baru ini buat pancake bersama anak saya Izzuddin 8 tahun. Saya hanya membimbing. Anak lebih seronok membancuh dan memasak dengan pengawasan penggunaan dapur.

9. Hobi.

Apa sahaja hobi. Saya masih lagi menjahit kadang-kadang. Menjahit berupaya menenangkan fikiran saya.

10. Recharge. Take time out.

Ya. Ambil masa untuk diri dan pasangan. Kita masih perlu masa sendiri dan bersama pasangan.

Sulami lah kehidupan dengan aktiviti-aktiviti yang seronok, menenangkan, menyihatkan dan lebih bermakna bersama keluarga. Saya namakan ini masa berkualiti. Hargailah apa yang kita ada. 




Manfaatkan alam dan kehidupan yang indah ini. Moga kita kembali fokus dan bertenaga. Amin.

Wednesday, April 28, 2010

Cacar Air?

,
Mengapa tiba-tiba mama 'up' kan topik ini?? Meh nak cerita dulu....Bismillahirrahmanirrahim....

Pagi tadi kebetulan adik mama inform..anak sedara mama yang comey (Bebe Yana) tu dijangkiti cacar air a.k.a chicken pox...Sian dia..sebaya dengan Farhan..Macam manerlah dia menahan gatal-gatal tu..Mama pun teringatlah pulak kat 2Fs tu..Fariz and Farihin ..sebab depa duk sekali ngan Bebe Yana kalau siang2 hari nie..Errrmmm terjangkit tak dorang..Kemudian mama teringat..depa 2 orang nie dah pun dapat vaksin. Syukur alhamdulillah. Pastu teringat pulak pada Farhan 'Cik Bam' mama sorang nie..Apakah dia pun akan mudah dijangkiti since the 2 brothers dah terdedah dengan virus nie.. Jadi cerita pun bermulalah.....

Hati mula risau...Patutkah mama memindahkan 2Fs itew ke tempat lain? macam maner nak buat nie? Apakah solusi yang terbaik?? Kepala pun mula merangka2 mind mapping..(Acehh...wat lawak sket...) Mama pun ambil keputusan untuk menghubungi Dr Serena Dass..PAED mama since dari Fariz lagi..Aisehhh tak dapat lak..Masuk voice mail..masa makin suntuk nie..Adrenalin dah tahap 2..Risau-risau..tik tok tik tok..Macam maner nak buat nie...?Errmmm keluar sekejaplah..pergi clinic PAED. Mujur clinic dekat dengan office..Bergegas mama turun ke bawah..tiba-tiba..teng... teng... teng...Alamak maner kunci kereta SLK mama nie?? Tertinggal kat rumah pulak..Adoyai...Adrenalin tahap 2.5 dah nie...Kener pinjam kereta ..Okok relax dulu..tarik nafas panjang-panjang...Fuhhh...Ermm pinjam kereta Inalah..(Dlm kereta Ina)..***errr bukan kah lagi afdal kalau pinjam kereta adik ipar mama jerk...since dah satu opis..Naperlah mama nie..Kelam kelibut sungguh...@_@ Akhirnya mama naik lah kereta Pajero abah mertua ..(Adik ipar drive ke opis) So off ..mama ke clinic PAED..vrooommm..

Di clinic PAED...bertanyalah mama pada Dr Serena...Bermula dengan bagaimana scenario di rumah..dan apakah yang consequences pada anak-anak mama.
  1. Since 2F's dah dapat suntikan untuk elakkan chicken pox (Vaksin MMR), so chances untuk diorang nak berjangkit itu insyaAllah kurang
  2. Since Farhan tidak berada di rumah yang sama..Ia tidak menjadik masalah.Cuma apa yan gperlu dilaku kan ialah..the 2F's perlu mandi dan bersihkan diri sebelum berjumpa dengan Farhan..
Legalah mama selepas dengar penerangan PAED.Tapi mama buat keputusan untuk mengasingkan juga the 2 F's daripada bebe Yana. Kehendak Allah tak siapa yang tahu..Setuju tak? Jadik sebelum terjadi apa2 yang tidak diingini..bersedia je lah..

Mama kembali ke opis dengan hati yang lebih tenang. Alhamdulillah...

Oh ya..kepada sesiapa yang baby nya berusia 0-12bulan dan terkena chicken pox. Ada satu vaksin ~ Varicella (demam cacar air) yang boleh didapati di klinik swasta sahaja. Vaksin ni untuk baby yang kena chicken pox.

Bawah nie ada sket info tentang chicken pox


Cacar Air


Apa itu jangkitan cacar air?

Ini ialah jangkitan biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak yang disebabkan oleh virus. Virus cacar air juga dikenali sebagai virus varicella. Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap. Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak dari seorang ke seorang. Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters). Ianya merebak:
  • Melalui udara bila seseorang yang menghidap cacar air itu mengalami batuk atau bersin.
  • Dengan menyentuh cecair yang keluar dari lepuh (blister) cacar air.
  • Dengan menyentuh benda/permukaan yang dibasahi oleh cecair daripada lepuh tersebut.


Apakah tanda-tanda dan gejala?

Anak anda akan mendapat cacar air 13–17 hari selepas terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air. Cacar air boleh merebak 1–2 hari sebelum ruam kelihatan sehingga semua ruam berkeropeng dan kering. Kebanyakan kanak-kanak mengalami jangkitan yang tidak serius. Namun jangkitan cacar air bagi orang dewasa boleh menjadi lebih serius.
Gejala-gejala :
  • Demam, rasa tidak sihat dan letih lima hari sebelum ruam timbul.
  • Ruam bermula bintik merah yang kecil dan gatal (seperti jerawat) pada semua badan termasuk mulut. Biasanya ruam bermula di dada dan belakang, kemudian merebak ke muka, kepala, kedua-dua lengan dan kaki.
  • Dalam masa 24 jam, ruam-ruam akan kelihatan seperti lepuh air (blister), kemudian pecah, kering dan menjadi keruping (4 -5 hari)
  • Bintik-bintik baru akan terus timbul untuk lima hari dan mengambil masa dua minggu untuk hilang.
Measles
Cacar air

Biasanya jangkitan cacar air ini menghasilkan pelalian seumur hidup. Walau bagaimanapun, virus ini mungkin bersembunyi dan berulang sebagai kayap (shingles) kepada orang dewasa dan kadang-kadang kepada kanak-kanak.


Apakah komplikasinya?

Biasanya cacar air ialah masalah kesihatan ringan bagi kanak-kanak dan kebanyakannya akan pulih. Walau bagaimanapun, sesetengah orang berisiko mendapat komplikasi yang teruk, iaitu bayi yang baru lahir, orang dewasa dan seseorang yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah.


Komplikasi lain yang boleh berlaku termasuk:
  • Jangkitan kuman pada kulit
  • Jangkitan pada darah
  • Radang paru-paru
  • Keradangan otak

Bagaimana jangkitan cacar air dirawat?

Amnya:
  • Elakkan anak anda ke sekolah atau taman asuhan kanak-kanak sehingga ruam menjadi berkerak (lebih kurang tujuh hari daripada permulaan ruam). Jika tidak kemungkinan kawan-kawanya akan turut dijangkiti.
  • Ambil ubat paracetamol untuk mengurangkan demam.
  • Minum banyak air masak.
  • Ambil makanan yang seimbang.
  • Sentiasa membasuh tangan.


Untuk rasa gatal:
  • Sapu losen kalamine di tempat ruam.
  • Mandi dengan kerap dan sabun dengan menggunakan campuran 'baking soda' dengan air suam beberapa kali sehari untuk mengurangkan rasa gatal.
  • Potong kuku pendek untuk mengelakkan kecederaan kulit semasa menggaru.
  • Ubat antihistamine mungkin diberi oleh doktor jika rasa gatal yang teramat sangat sehingga anak anda tidak dapat tidur.


Ubat antivirus untuk cacar air boleh didapati dan selalunya akan diberi oleh doktor kepada mereka yang berisiko mendapat jangkitan yang teruk, iaitu:
  • Berumur 12 tahun ke atas.
  • Mengidap penyakit paru-paru yang kronik.
  • Mereka yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah.
  • Bayi yang baru lahir.

Bagaimana cacar air boleh dicegah?

  • Cacar air boleh dicegah dengan suntikan pelalian. Minta nasihat doktor.
  • Jika anda mendapat cacar air, elakkan jangkitan kepada orang lain dengan tidak pergi ke sekolah atau ke tempat kerja sehingga lepuh menjadi kering dan berkerak.
  • Seseorang yang berisiko mendapat cacar air yang teruk (bayi yang baru lahir, yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, wanita mengandung) yang terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air, mungkin diberi antibodi dalam bentuk immunoglobulin untuk memberi perlindungan segera.

Tuesday, April 27, 2010

Makanan Pejal Farhan..

,
Petang nie sementara menunggu waktu pulang jam 6pm...Mama nak berkongsi sikit tntang makanan pejal baby..Sebab Farhan pun baru nak mula makan makanan pejal..Hehehe masalahnya Farhan nie kalau nampak makanan terus jerk dia ngap!..hehehe..Kelakar..

So ok...meh nak cerita pasal makanan sesuai baby ni..ini hasil daripada pembacaan mama ek..Berkenalan dengan makanan pejal adalah suatu proses yang harus dilalui oleh semua baby..Baby tak akan menolak proses nie..Tapi kita mesti pilih masa yang sesuai sebelum kenalkan makanan pejal kepada baby. Macam maner kita nak tahu baby kita dah bersedia untuk makan atau tak??? Salah satu tanda... baby semakin minat dengan makanan yang ibu bapa kita makan..


Masa baby makan, biarkan mereka menikmati makanan tersebut ikut keselesaan. Tak perlu risau berapa banyak makanan yang perlu mereka ambil SEBAB...baby akan berhenti sendiri bila mereka kenyang..tapiiii kalau tak kenyang2 jugak cemaner?hehehe Masa baby makan, baby kita mungkin nampak comot dengan makanan, jangan susah hati yerk...kan comeyyy cenggitu..Kalo dah besar lain..semua nampak selekeh.. Biasalah nama pun baby..mesti lah comot-comot sikit..hehehe

Info
Panduan memberi baby makan....


  • Suapkan bayi apabila sudah tiba waktu makannya. Jika dia masih mahu makan walaupun makanan dalam mangkuk sudah habis...tambah lagi!!!
  • Bertenang.Jangan terlalu mendesak anak untuk makan. Ambil sedikit masa agar anak dapat menikmati makanan mereka sepuas-puasnya.
  • Sumber zat besi terbaik untuk bayi pada usia 5 atau 6 bulann ialah daging..
  • Tidak ada alasan untiuk tidak memperkenalkan buah-buahan kepada anak.
  • Jika ana tidak sukakan sejenis makanan itu, jangan paksa mereka.
  • Pastikan kebersihan makanan dan peralatan yang digunakan berada pada taha[ yang memuaskan.

Dapat Award.....

,
Yippie.....Dapat award dari Umialya....

Disini mama ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada peminat2 yang sentiasa memberi sokongan tanpa henti, mak abah....tanpa anda..anakmu tidak akan berjaya....Awak saya menang award nie.....Lihatlah dunia!!!!

Ehehehe....**award blog jer....tapi sukernyaaaaa**.

Selamat Hari Ibu....

,

Tgh hari semalam mama pergi ke Petronas..kononnya nak isi minyak kereta..So sementara tunggu minyak diisi, mama pun pi lah masuk kedai mesra...Tengok2 apa yang ada..Mata ini terpandang ke susunan majalah di rak buku..Majalah Rasa mama belek...

Muka depan..Istimewa Buatmu Ibu..Eh bulan 5 dah?Hari Ibu...Tak pernah mama terpikir mama juga akan celebrate hari ibu..hehehe...Dah 3 tahun mama bergelar Ibu kepada 3boys...Rasa puas bila dapat melahirkan dan membesarkan mereka(walaupun perjalanan masih jauh lagi)..Agaknya itulah yang mak2 kita rasakan?

@_@ Ingatkan nak masak spesel lah untuk cik abang...huhuhu..Anyway....

Selamat Hari Ibu @ Happy Mother's Day



Thursday, April 22, 2010

Farhan 6 bulan arini!!!!!!

,
Farhan baru lahir...Br nak start demam Jaundice

Farhan 1 bulan..ini kali -2 rambut dia dicukur..Teka siapa cukur???hehehe Mama iyer yang cukur tao!!



Farhan 3bulan..mengantuk aaa..



Farhan 4 bulan..Baru lepas mandi nie...



Farhan 5 bulan..my love belongs to mommy.....

Yaaaaahooooooo!!!!yabedabedooo!!!

Alhamdulillah....Farhan dah cukup 6 bulan disusukan..kegembiraan yg tertanggung...macam maner nie....mama dah senyum sampai ke telinga...Rasa mcm sekejap jer...Jerih perih cam terbayar jer...

Mengimbau kembali .. apabila memutuskan untuk menyusu..(ketika sdg artikel ini sdg disiapkan,kebetulan mama sdg mengepam....tetapi.....) Ini cam salah jer..salah ni..salah nie...aikk..errrr bukan ke kalao hati gembira...susu mencurah2..Awat mama terbalik nie?Susu tak mao keluar....alahai..dah dkt 1 jam...susu 1 oz!This is not right..It's wrong...'B' penuh...uwaaa...

**ter'tidak' ada idea untuk menyambung penulisan.....

Wednesday, April 21, 2010

Nasyid Favorite of the day..

,

Bila Waktu Tlah Berakhir

Artist: Opick
Song Category: Nasyid
Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
Meninggalkan dirimu

Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sadari
Masikah ada jalan bagimu untuk kembali
Mengulangkan masa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada akan
Kembali padaNya

Bila waktu tlah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tingallah sepi



Mama suka Nasyid ini....

,

Alhamdulillah

Artist: Opick
Song Category: Nasyid
Bersujud kepada Allah
Bersyukur Kepada Allah
Setiap nafasmu seluruh hidupmu
Semogadiberkahi Allah

Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasan-Nya
Semoga dirimu semoga langkamu
Diiringi oleh rahmat-Nya

Setiap nafasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Alhamdulillah wasyukurillah
Bersyukur pada Mu ya Allah
Indah dalam kebersamaan
Hilanglah sebuah perbedaan

Friday, April 16, 2010

Mohon Ihsan...

,
Saya  Rohaiza  Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar.Tujuan  saya  menulis  email  ini  ialah  untuk  memohon belas kasihan dari pembaca  kerana  anak  kedua  saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika  bersalin,  anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40minit  sebelum  saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.

Apabila  doctor  scan  (MRI)  otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya  terencat  akal  kerana  sel-sel  otak  telah  mati  kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.

Kaki  bagaikan  tidak  jejak  ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi.  Hampir  3  minggu  saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor  terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya  iaitu  anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka  terencat  akal.  Tetapi  kuasa  Allah  mengatasi segalanya dan anak mereka  alhamdulillah  sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan  menasihati  saya  agar  perbanyakkan  solat  hajat,  baca yassin dan bersedekah.  Alhamdulillah.  Saya  melakukan  semua  nasihat  yang  mereka berikan.  Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh  menghisap  dan  menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus  ke  perut.  Suction  machine  pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2  minggu  lepas  anak  dimasukkan  ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2.  Ketika  itu  keadaan  anak  terlalu  lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.

Sekali  lagi  anak  saya  diduga  iaitu  selepas  3 hari kaki anak bengkak. Apabila  doctor  buat  x-ray,rupanya  kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya  Allah  tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen. Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar  ujian  untuk  anak  saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian  yang  maha-maha  besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah
menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan  masa  untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.

Andainya  terlalu  berat  permintaan  saya,  bacakanlah  Al-Fatihah.  Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya  sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya.Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah
yang mampu membalas budi kalian.

Saya  juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian  agar  dapat  membantu  anak  saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu  kecil  untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan  ilmu..emailkanlah  kepada  saya  rozex_3056@yahoo. com.my. Di sini saya
sertakan  panduan  sembahyang  hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika  ingin  memohon  sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

 Solat Hajat


   1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.
   2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x,
      dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
   3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat
      kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.


Ayat Kursi


       Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu
      sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man
      dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa
      bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm
      min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati
      wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.



Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.

Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.

Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.

Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atasujian yang diberikan. Saya redha.

Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.

Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat
fardu dan solat hajat.

Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.

Tuesday, April 13, 2010

Spectra 3 to let go...

,
Hi kengkawan...

Saya ada Spectra 3 nak let go...Kenapa saya nak let go??
  1. kerana saya dah ada Medela FS..so saya amat jarang guna S3..
  2. Saya nak S3 nie berjasa dgn mommy lain pulak.
Kondisi Spectra saya macam maner?
  1. Baru sahaja lepas servis...Pam senyap.
  2. Spectra nie  saya beli pada tahun 2007. tapi saya cumer guna pada tahun 2010 ini.Dulu penyusuan saya tidak berjaya kerana lack of info..
  3. Untuk meggunakan pam nie..kener ader connector kerana corong salur adalah besar. Peringatan..saya hanya let go pam sahaja..Peralatan lain harus dibeli sendiri..Contohnya breast shield,tube and connector.
So to mommies...mungkin boleh sampaikan tentang let go product pada kawan-kawan yang amat memerlukan :)

Harga :RM200 sahaja..tapi masih boleh tawar menawar ^-^

Mama Merapu pagi2..hehehe

,
Pagi nie, mama mengantuk....huarrrgghhhh buruknya perangai kan..ekekekeke...Silap sendirik...semalam ber'fesbuk' sampai pukul 0230am...lamer tak jumpa kawan lamer...berborak lah kami via 'fesbuk' tu..borak2 punya borak..roper-ropernya...umah kami punyalah dekat!Mama duduk sg buloh, dia pulak duduk kat Batu Arang!Alahai...Imbaulah kami zaman ter'lampau' ketika kami mempunyai cita-cita bersama...hehehe..dulu kami merancang nak buker kedai craft bersama.. ^-^ cam tak cayer kan....Dek kerana kesibukan kerja..sumer cita-cita terkubur layu di tasik madu..hehehe lagu fauziah latif pulak...huhuhu

Sejak mama join 'fesbuk' nie...ramai kengkawan lamer yg mama jumper...Tapi kebanyakannya kawan Sek Men..seronok jumper balik sumer org..sumer muka dah lain..hehehe..tomei2...Entah kenapa mama cerita semuanya nie..Mungkin nak refresh balik memori lamer...sambil melayan mata yang mengantuk dek kerana tak cukup tidor malam tadi..hehehehe

Sebenarnya, untuk mencari teman yang benar memahami dan mahu menegur segala kesilapan kita dan mudah pula menerima kritikan kita..memang payah..Ada yang mudah menerima pujian..but hardly kritikan..mmg benar kata org teman ketika senang mudah dicari...Masa susah..perggghhh susahnya...Hahaha dunia kan..but for time being my bespren is my beloved hubby..muaaaahhh Farizal..his my love,my heart and soul, my pren .. a shoulder to cry on....aisehhh taouching lak...eheheh

Monday, April 12, 2010

Pumping Tips for Avent Isis User!!! For you My Cousin...

,

Mama dedicate this to my cousin...Maria Azwan..who's using Avent Isis..

Here's how I use my Isis (I also use a PIS at work & get the same amounts from both) (m)
Start of by using rapid gentle squeezes until my milk lets down. Once the milk starts spraying, do not keep squeezing the handle. Instead, squeeze and hold the handle (to the extent comfortable, you do not have to compress the handle all the way down if that is too much suction for you) for about 3-5 seconds. Then release to let the accumulated milk drain from the pump nozzle into the bottle. Then squeeze and hold again and repeat the process.
As I do this and notice the output declining I reposition the horn so that different milk sinuses are touched by the flange. Once flow decreases I also begin to do compressions starting waaaaaaay back on the breast, using the heel of my hand and pushing toward the nipple. That usually gets me pretty "empty." Of course, you can always get a little bit of milk out when you squeeze, but the full feeling is gone and I've got anywhere from 4 - 9oz pumped.
"Source I-Village"

Saturday, April 10, 2010

Carta tumbesaran bagi baby boy...

,
Aci tak mama nie...?hehehe mentang anak2 mama boy..so carta untuk boy jerk yg attach kat sini..kehkehkeh....tak adil btul kan...Graph nie sbg satu daripada perkara yang patut di'consider'....pelbagai faktor lain turut di ambil kira...contoh:-
  • What size are baby's parents? What were their growth patterns as babies? What about baby's siblings or other family members? Genetics plays a large part in baby's size, so don't ignore it.
  • Is baby gaining consistently, even if it's not on a curve?
  • Is baby meeting developmental milestones on or near target?
  • Is baby alert, happy, active?
  • Is baby showing other signs of adequate milk intake?
Errr nampak gaya farhan memang mengikut mama ngan ayahnya lah...ahanks....

Friday, April 9, 2010

Herba yang boleh mengurangkan susu badan

,
Mama terbaca didalam kellymom.com ..Harap boleh dimanfaatkan ...Petikan dari kellymom.com


Herbs that may decrease milk supply
Using large amounts of the following herbs and other natural remedies should be avoided while nursing because they have been known to decrease milk supply. The amounts of these herbs normally used in cooking are unlikely to be of concern; it's mainly the larger amounts that might be used therapeutically that could pose a problem. However, some moms have noticed a decrease in supply after eating things like dressing with lots of sage, sage tea (often recommended when moms are weaning), lots of strong peppermint candies or menthol cough drops, or other foods/teas with large amounts of the particular herb. These herbs are sometimes used by nursing mothers to treat oversupply, or when weaning.

  • Black Walnut
  • Chickweed
  • Herb Robert (Geranium robertianum)
  • Lemon Balm
  • Oregano
  • Parsley (Petroselinum crispum)
  • Peppermint (Mentha piperita)/Menthol
  • Periwinkle Herb (Vinca minor)
  • Sage (Salvia officinalis)
  • Sorrel (Rumex acetosa)
  • Spearmint
  • Thyme
  • Yarrow

Herbs that may be harmful to mom and/or baby
Other herbs should be avoided while nursing due to their potential for harming mom and/or baby. Here are a few herbs that are generally considered to be contraindicated for nursing mothers. This is by no means a complete list.
  • Bladderwrack
  • Buckthorn
  • Chaparral
  • Coltsfoot (Farfarae folium)
  • Dong Quai (Angelica Root)
  • Elecampane
  • Ephedra / Ephedra sinica / Ma Huang
  • Ginseng (Panax ginseng) 

Nanti mama updatekan list herba nie dalam bahasa melayu ek... Mama pun tak berapa tahu sangat
  • Indian Snakeroot
  • Kava-kava (piper methysticum)
  • Petasites root
  • Phen-fen, herbal
  • Rhubarb
  • Star anise
  • Tiratricol (TRIAC)
  • Uva Ursi
  • Wormwood 

Thursday, April 8, 2010

Makan besar..

,
Semalam ada group meeting untuk department kami..Group SCS,SIMs and HMI...Dah lamer tak der meeting nie...Sebelum meeting kami pergi makan2 kat Secret Recipe jer. Tapi since this under deparment budget..so kitorang pun order pelbagai jenis makanan..For me,mysef..I ordered Tomyam kung for starter..hahaha,then followed by Sherperd Pie, and my desert? Banana Choc. Cake..Yummy..Oh and also drink? Ice blended Chocs. hahaha badan kecik..makan banyak kan...Semua orang cakap benda yang sama..
Tapi mama tak kisah..Free kan...? Makanlah bagi licin....

There were several announcement masa makan tu..My collegues kumaran is getting married this June, Jegathesan is getting engaged wif my office mate this may..And also kak Ozen conceived another baby..Is a happy things..I am so bless to be among these people..Well lots of things happen around us..and I guess we need to appreciate every moments in our life...Oh Yeah...my boss, Vijay baru naik pangkat..as? New Father...hehehe..A father to a new baby boy...


Tengah tunggu makanan sampai..bergaya jap....

Tom Yam Kung..Yum yum..


Banana Chocs...


Alhamdulillah licin....brrrppp...

Lepas dah makan kenyang..sambung lak meeting petang tu sampai kul 16:30...adoiii...mata berat sangat...Pandai management kan..bagi makan kenyang-kenyang..lepas tu meeting...hahahaha

Radang Payudara (Mastitis)

,

Info ini mama copy&paste dari blog Umialya...amat berguna kepada mama....

Radang Payudara (Mastitis)

Aku 'up'kan  semula topik ni untuk mengingatkan kita semua supaya tidak alpa aktiviti mengepam setiap hari.
  
Gambar Hiasan

Inflamasi payudara, biasanya disebabkan oleh jangkitan bacteria melalui puting payudara yang cedera .(Mastitis kronik ialah payudara dirasai berketul akibat kehadiran sista-sista. Mastitis Akut timbul semasa tempoh meyusukan anak)
Rujukan: Kamus Jururawat terbitan Fajar Bakti

Mastitis adalah keradangan payudara yang mungkin (dan kadangkala cepat) menjadi infeksi. Ia akan membuat anda berasa seperti anda dijangkiti selesema pada masa-masa anda amat memerlukan seluruh tenaga anda. Anda akan mendapati keadaan radang, keras, sakit atau panas dan bengkak di kawasan yang dijangkiti. Selalunya ini dinamakan (duktus tersumbat) sebab terasa benjolan – disebabkan ketakungan susu dalam duktus buah dada.
Rujukan: Babycenter.com

Penyebab:-

Aliran susu terhenti dan tersumbat boleh berlaku jika:-.
  • Susu "mengundur kebelakang" sebab susu itu dihasilkan lebih cepat daripada ia mengalir keluar.
  1. Anak tidak mampu mengosongkan payudara sepenuhnya semasa menyusu
  2. Cara anak melekap ke dada semasa menyusu dimana susu tidak akan disedut keluar dengan efisien.
  3. Pembengkakan payu dara yang tidak menurun dan kembali normal 
  4. Bayi tidak menyusukan mengikut rutin terjadual  
  • Ibu trauma kepada payudara, yang mana akan menyebabkan stasis susu (serangan kuman) melarat
  • Bengkak susu tidak dirawat
  • Kulit payu dara luka dan kuman memasuki tisu payu dara. Ia menyebabkan jangkitan hingga kawasan yang tercedera terasa sakit dan kulit payu dara menjadi merah.
Tanda-tanda:
  • Payudara berasa hangat, sakit, bengkak dan merah.
  • Puting payudara merekah
  • Iinfeksi mungkin menembusi masuk melalui rekahan atau fisur putting terus ke sistem limfa buah dada
  • Kadangkala badan berasa letih dan gatal
  • Demam melebihi 38.5 darjah C
  • Selsema
  • Sakit Kepala
Penjagaan:-
  • Jangan berhenti menyusu, ini akan memburukkan keadaan
  • Perbetulkan aliran susu – baiki posisi dan dakapan bayi untuk pengaliran susu lebih efektif
  • Lakukan demahan panas/sejuk (Mengikut keselesaan) sebelum menyusukan anak
  • Kerap menyusukan anak sekurang-kurangnya setiap 2 jam
  • Perahkan susu menggunakan tangan atau pam selepas menyusu jika merasakan bayi tidak menyusu dengan baik.
  • Makan makanan seimbang dan berkhasiat
  • Minum banyak air
  • Makan ubat penahan sakit spt Paracetamol (Panadol)
  • Ambil Antibiotik  contohnya tab. cloxacililn mengikut arahan. (dibawah pengawasan doctor)
  • Rehat secukupnya
Nota:
  • Jika dibiarkan melarat nanah boleh berkumpul dan memerlukan pembedahan bagi mengeluarkan nanah.
  • Apa yang penting ialah pengawasan diri sebab jika mastitis itu tidak beransur sembuh, ia boleh membawa kepada abses buah dada yang merbahaya dan perlu dirawat segera (atau dibedah) untuk mengeringkannya.
Info:
Jika kita mempunyai mastitis, kita bukanlah keseorangan:   1:10 ibu yang menyusu badan akan dijangkitinya dan sesetengah ibu yang memberi susu formula juga boleh dijangkiti. Walapun kita mungkin dijangkiti mastitis lebih daripada satu kali,  jangkitan itu jarang melibatkan kedua-dua buah dada pada satu-satu masa.

Wednesday, April 7, 2010

13ways to delegate work effectively...

,
Hari nie mama dapat email dari boss..hehehe satu idea bernas cara untuk kita delegates kerja kite dgn collegues...Ermm mmg mama mempunyai masalah nak delegates kerja nie..so ingat nak cuba amalkan lah...huhuhu 


Nie email dari boss


Attachment : 13 ways to delegate work effectively


  1. Delegate a task if someone can do it,OR want to do it, needs to do it OR likes to do it..
  2. When you delegate responsibility, also delegate the authority to use resources to get it done.
  3. Delegate results, not necessarily the methods.
  4. When you delegate something, don't take it back.
  5. Ensure the person understands what you have delegated to him and why.
  6. Set benchmarks or checkpoints and leave them alone.
  7. Reinforce positive results and give feedback on negative results.
  8. Communicate clear instructions, expectations and guidelines.
  9. Use delegation as a staff development tool.
  10. Resist the tendency or over inspect
  11. Ask for regular written or verbal reports
  12. Remember what you delegated and to whom.
  13. See failure as necessary if people are willing to stretch, learn and grow..
Marilah kita sama2 cuba praktikkan...Caiyok!

Join Picket....90 Days for Mum...

,


Tahu tak?
Hanya di Malaysia sahaja...Cuti bersalin 60 hari...???!!!

Statutory maternity leave in Southeast Asia:
·           Singapore – 112 days (16 weeks)
·           Thailand – 90 days (3 months)
·           Cambodia – 90 days
·           Indonesia – 90 days
·            Malaysia – 60 days
Jom join petition nieeee..Mama sudah...kawan2 macam maner...?

Tuesday, April 6, 2010

Family Outing di FRIM

,
Ia adalah hari yang panas..Ia adalah hari yang memenatkan..tapi bagi anak-anak mama..Ia adalah hari yang menyeronokkan...Mungkin ini bukanlah cerita yang baru..tapi mama baru sahaja update cerita nie di dalam blog... hahahahaha..betapa tidak up-to-datenya ako....

Air terjun FRIM..kecik jer..tapi cantikkan...

Sabtu, 27hb March..Office mama buat program ~ Family Outing to FRIM..Macam2 aktiviti dijalankan..tapi bagi kami sekeluarga memilih untuk membuat aktiviti sendiri..Hehehe..Tengok sajerlah kerenah budak-budak tu...


aaaa..tak sabarnya kami nak mandi ayah!!!

 Welcome to our tent...

Farhan..'My love belongs to mommy...
mama..swing mama...swing


Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

::: Corat.CorEt.90home ::: Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates