Sejak Farhan dah diperkenalkan ngan solid food..Macam-macam makanan dah diperkenalkan..hehehehe seperti biasa, mama dia mmg excited lah.Minggu pertama mama perkenalkan Farhan dengan bubur nasi sahaja.Kelakar..terjelir-jelir lidah dia..."Uihh apa bendalah nie...Macam sedap..tapi nak telan jer ke?Tak payah kunyah?", Agaknya itulah yang Farhan fikirkan..
Masuk pertengahan minggu pertama ,mama perkenalkan Farhan dengan kentang lecek. "Errr Farhan...Ini Cik Kentang...Silalah makan", Begitulah perkenalan Farhan dengan Cik Kentang. Nampak gayanya dari sessi perkenalan dengan Cik Kentang, Farhan amat bersesuaian. Ermm Farhan boleh menghabiskan 1 bekas tupperware dalam sehari. Dan dari tindak balas dan pemantauan kakak bebesitter. Keakraban Cik Kentang dengan Farhan memang tidak dapat dipisahkan. Mulut bising ..mintak disuap lagi..uihhh Farhan nie..bahaya....
Kemudian mama kenalkan Farhan dengan Cik Carrot. Errmm nampaknya hubungan Farhan dengan Cik Carrot biasa-biasa jer. Tidak sehebat Cik Kentang. (Amboi..pandai memilih yer!)
Mama cuba mengenalkan Farhan dengan Cik Pir(buah Pir)..Wow..hubungan terjalin dengan begitu pantas...sebiji buah pir habis tidak sampai 10minit????!!!!Memang hebat 'taste' Farhan nie..huhuhu
Dan sejak semalam...sudah 2 hari Farhan diperkenalkan dengan bubur nasik dicampurkan dengan ikan salmon dan kentang...bertambah2 makan nya..dan Farhan? seperti anak-anak bf yang lain tidak ada masalah dengan pemakanan nya...tapi....minum susu pun kuat.....Wow!
Terima Kasih Buat Yang Telah Mendaftar.
-
𝐀𝐫𝐭𝐢𝐟𝐢𝐜𝐢𝐚𝐥 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐥𝐥𝐢𝐠𝐞𝐧𝐭 𝐑𝐞𝐬𝐞𝐚𝐫𝐜𝐡
𝐌𝐞𝐭𝐡𝐨𝐝𝐨𝐥𝐨𝐠𝐲 𝐖𝐨𝐫𝐤𝐬𝐡𝐨𝐩 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐍𝐨. 𝟐/ 𝟐𝟎𝟐𝟒.
Bismilllah. 1st p...
1 day ago
Rajin Mamanya masak aneka makanan ntuk Farhan!