meh click sini...

Sunday, May 16, 2010

Apa Farhan dah makan?

,
Sejak Farhan dah diperkenalkan ngan solid food..Macam-macam makanan dah diperkenalkan..hehehehe seperti biasa, mama dia mmg excited lah.Minggu pertama mama perkenalkan Farhan dengan bubur nasi sahaja.Kelakar..terjelir-jelir lidah dia..."Uihh apa bendalah nie...Macam sedap..tapi nak telan jer ke?Tak payah kunyah?", Agaknya itulah yang Farhan fikirkan..

Masuk pertengahan minggu pertama ,mama perkenalkan Farhan dengan kentang lecek. "Errr Farhan...Ini Cik Kentang...Silalah makan",  Begitulah perkenalan Farhan dengan Cik Kentang. Nampak gayanya dari sessi perkenalan dengan Cik Kentang, Farhan amat bersesuaian. Ermm Farhan boleh menghabiskan 1 bekas tupperware dalam sehari. Dan dari tindak balas dan pemantauan kakak bebesitter. Keakraban Cik Kentang dengan Farhan memang tidak dapat dipisahkan. Mulut bising ..mintak disuap lagi..uihhh Farhan nie..bahaya....

Kemudian mama kenalkan Farhan dengan Cik Carrot. Errmm nampaknya hubungan Farhan dengan Cik Carrot biasa-biasa jer. Tidak sehebat Cik Kentang. (Amboi..pandai memilih yer!)

Mama cuba mengenalkan Farhan dengan Cik Pir(buah Pir)..Wow..hubungan terjalin dengan begitu pantas...sebiji buah pir habis tidak sampai 10minit????!!!!Memang hebat 'taste' Farhan nie..huhuhu

Dan sejak semalam...sudah 2 hari Farhan diperkenalkan dengan bubur nasik dicampurkan dengan ikan salmon dan kentang...bertambah2 makan nya..dan Farhan? seperti anak-anak bf yang lain tidak ada masalah dengan pemakanan nya...tapi....minum susu pun kuat.....Wow!

1 comments:

  • May 16, 2010 at 10:43 PM
    Umialya says:

    Rajin Mamanya masak aneka makanan ntuk Farhan!

Post a Comment

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

::: Corat.CorEt.90home ::: Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates