Alhamdulillah anak2 pun sudah tidor...Tinggal mama sajer yg masih duk layan mata. Lamer jugak nk melayan Fariz dan Farihin nie..Puas memikir..Bercerita sudah, berbual pun sudah..semuanya pun sudah...minum susu pun sudah..gosok gigi pun sudah..
"Ayah..Gosok gigi!Nanti kuman tak hilang nanti...Macam maner??" Hehehehe lawak sungguh soalan anak mama, Fariz..
"Fariz dah gosok gigi ke?", tanya mama.
"Sudah,"
"Oh bagusnya anak mama. Pandai...Siapa yg gosokkan gigi Fariz?", tanya mama.
"Errmmm mamalah..."
"Ermmpandainya anak mama nie..tapikan..kalau Fariz gosok gigi sendirik..Fariz lagi pandai pandai...Pandai kuasa dua..."
"Errr mama..Kalau..Pandai kuasa tiga...??Macam maner?"
"?????!!! Errr"Macam maner pulak nk jawab..
Memang anak2 mama nie banyak soal.Sebenarnya anak2 kita mmg bijak kan. Terlalu banyak question mark dlm diri mereka.Dan bersabarlah ketika melayan kerenah mereka.Sesungguhnya kadang2 mama
menjadi manusia yang tidak sabar bila mereka mula bertanya yg bukan2 ...atau memberi ayat penyata yang tidak masuk akal..Walaupun pada mereka ayat itew teramatlah masuk akal.. Contoh..hahaha
Situasi 1
"Farihin..Cukuplah..Toksah makan lagi..Perut dah tegang dah tu",ayat penyata dr ibu mertua mama.
"Taklah tok.Perut Farihin tak penuh lagi. nie hah perut belakang ada lagi sikit nie", jawab Farihin dgn selambanya.
"???!!!!"
Situasi 2
"Yang, Farhan nie nak tumbuh gigi agaknya," ayat penyata mama kepada cik hubby.
"Errr ....mama...Bila mama tanam gigi Farhan???!!!" Soalan logik Fariz kepada mama..
"Mama letak baja banyak tak?"
"???!!!!!"
Begitulah anak-anak mama ini. jangan terkejut kalau ketika berbicara dgn mereka ini..akan terkeluarlah perkataan transformer, generator...dan segala macam ayat bombastik..heehehehe..kalau cerita pasal fiber atau test gear atau RG-45 pun depa tau ..hehehe... Sebenarnya bukan niat untuk kami mendedahkan terlalu mendalam pada mereka..tapi kerana terlalu banyak pertanyaan yg harus dijawab ..akhirnya terminologi-terminologi tertentu pun terkeluar dari mulut mama dan ayah ini.
Berbalik kepada cerita nak tidurkan 2 org kanak-kanak ini. Akhirnya, mama pun ambil lah baby oil. Buatlah urutan ala-ala baby gitew kat kanak-kanak ini. Tertidur dgn lenanya mereka selepas itew. hehehe...Dan mulalah mama berblog....