meh click sini...

Wednesday, April 28, 2010

Cacar Air?

,
Mengapa tiba-tiba mama 'up' kan topik ini?? Meh nak cerita dulu....Bismillahirrahmanirrahim....

Pagi tadi kebetulan adik mama inform..anak sedara mama yang comey (Bebe Yana) tu dijangkiti cacar air a.k.a chicken pox...Sian dia..sebaya dengan Farhan..Macam manerlah dia menahan gatal-gatal tu..Mama pun teringatlah pulak kat 2Fs tu..Fariz and Farihin ..sebab depa duk sekali ngan Bebe Yana kalau siang2 hari nie..Errrmmm terjangkit tak dorang..Kemudian mama teringat..depa 2 orang nie dah pun dapat vaksin. Syukur alhamdulillah. Pastu teringat pulak pada Farhan 'Cik Bam' mama sorang nie..Apakah dia pun akan mudah dijangkiti since the 2 brothers dah terdedah dengan virus nie.. Jadi cerita pun bermulalah.....

Hati mula risau...Patutkah mama memindahkan 2Fs itew ke tempat lain? macam maner nak buat nie? Apakah solusi yang terbaik?? Kepala pun mula merangka2 mind mapping..(Acehh...wat lawak sket...) Mama pun ambil keputusan untuk menghubungi Dr Serena Dass..PAED mama since dari Fariz lagi..Aisehhh tak dapat lak..Masuk voice mail..masa makin suntuk nie..Adrenalin dah tahap 2..Risau-risau..tik tok tik tok..Macam maner nak buat nie...?Errmmm keluar sekejaplah..pergi clinic PAED. Mujur clinic dekat dengan office..Bergegas mama turun ke bawah..tiba-tiba..teng... teng... teng...Alamak maner kunci kereta SLK mama nie?? Tertinggal kat rumah pulak..Adoyai...Adrenalin tahap 2.5 dah nie...Kener pinjam kereta ..Okok relax dulu..tarik nafas panjang-panjang...Fuhhh...Ermm pinjam kereta Inalah..(Dlm kereta Ina)..***errr bukan kah lagi afdal kalau pinjam kereta adik ipar mama jerk...since dah satu opis..Naperlah mama nie..Kelam kelibut sungguh...@_@ Akhirnya mama naik lah kereta Pajero abah mertua ..(Adik ipar drive ke opis) So off ..mama ke clinic PAED..vrooommm..

Di clinic PAED...bertanyalah mama pada Dr Serena...Bermula dengan bagaimana scenario di rumah..dan apakah yang consequences pada anak-anak mama.
  1. Since 2F's dah dapat suntikan untuk elakkan chicken pox (Vaksin MMR), so chances untuk diorang nak berjangkit itu insyaAllah kurang
  2. Since Farhan tidak berada di rumah yang sama..Ia tidak menjadik masalah.Cuma apa yan gperlu dilaku kan ialah..the 2F's perlu mandi dan bersihkan diri sebelum berjumpa dengan Farhan..
Legalah mama selepas dengar penerangan PAED.Tapi mama buat keputusan untuk mengasingkan juga the 2 F's daripada bebe Yana. Kehendak Allah tak siapa yang tahu..Setuju tak? Jadik sebelum terjadi apa2 yang tidak diingini..bersedia je lah..

Mama kembali ke opis dengan hati yang lebih tenang. Alhamdulillah...

Oh ya..kepada sesiapa yang baby nya berusia 0-12bulan dan terkena chicken pox. Ada satu vaksin ~ Varicella (demam cacar air) yang boleh didapati di klinik swasta sahaja. Vaksin ni untuk baby yang kena chicken pox.

Bawah nie ada sket info tentang chicken pox


Cacar Air


Apa itu jangkitan cacar air?

Ini ialah jangkitan biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak yang disebabkan oleh virus. Virus cacar air juga dikenali sebagai virus varicella. Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap. Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak dari seorang ke seorang. Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters). Ianya merebak:
  • Melalui udara bila seseorang yang menghidap cacar air itu mengalami batuk atau bersin.
  • Dengan menyentuh cecair yang keluar dari lepuh (blister) cacar air.
  • Dengan menyentuh benda/permukaan yang dibasahi oleh cecair daripada lepuh tersebut.


Apakah tanda-tanda dan gejala?

Anak anda akan mendapat cacar air 13–17 hari selepas terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air. Cacar air boleh merebak 1–2 hari sebelum ruam kelihatan sehingga semua ruam berkeropeng dan kering. Kebanyakan kanak-kanak mengalami jangkitan yang tidak serius. Namun jangkitan cacar air bagi orang dewasa boleh menjadi lebih serius.
Gejala-gejala :
  • Demam, rasa tidak sihat dan letih lima hari sebelum ruam timbul.
  • Ruam bermula bintik merah yang kecil dan gatal (seperti jerawat) pada semua badan termasuk mulut. Biasanya ruam bermula di dada dan belakang, kemudian merebak ke muka, kepala, kedua-dua lengan dan kaki.
  • Dalam masa 24 jam, ruam-ruam akan kelihatan seperti lepuh air (blister), kemudian pecah, kering dan menjadi keruping (4 -5 hari)
  • Bintik-bintik baru akan terus timbul untuk lima hari dan mengambil masa dua minggu untuk hilang.
Measles
Cacar air

Biasanya jangkitan cacar air ini menghasilkan pelalian seumur hidup. Walau bagaimanapun, virus ini mungkin bersembunyi dan berulang sebagai kayap (shingles) kepada orang dewasa dan kadang-kadang kepada kanak-kanak.


Apakah komplikasinya?

Biasanya cacar air ialah masalah kesihatan ringan bagi kanak-kanak dan kebanyakannya akan pulih. Walau bagaimanapun, sesetengah orang berisiko mendapat komplikasi yang teruk, iaitu bayi yang baru lahir, orang dewasa dan seseorang yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah.


Komplikasi lain yang boleh berlaku termasuk:
  • Jangkitan kuman pada kulit
  • Jangkitan pada darah
  • Radang paru-paru
  • Keradangan otak

Bagaimana jangkitan cacar air dirawat?

Amnya:
  • Elakkan anak anda ke sekolah atau taman asuhan kanak-kanak sehingga ruam menjadi berkerak (lebih kurang tujuh hari daripada permulaan ruam). Jika tidak kemungkinan kawan-kawanya akan turut dijangkiti.
  • Ambil ubat paracetamol untuk mengurangkan demam.
  • Minum banyak air masak.
  • Ambil makanan yang seimbang.
  • Sentiasa membasuh tangan.


Untuk rasa gatal:
  • Sapu losen kalamine di tempat ruam.
  • Mandi dengan kerap dan sabun dengan menggunakan campuran 'baking soda' dengan air suam beberapa kali sehari untuk mengurangkan rasa gatal.
  • Potong kuku pendek untuk mengelakkan kecederaan kulit semasa menggaru.
  • Ubat antihistamine mungkin diberi oleh doktor jika rasa gatal yang teramat sangat sehingga anak anda tidak dapat tidur.


Ubat antivirus untuk cacar air boleh didapati dan selalunya akan diberi oleh doktor kepada mereka yang berisiko mendapat jangkitan yang teruk, iaitu:
  • Berumur 12 tahun ke atas.
  • Mengidap penyakit paru-paru yang kronik.
  • Mereka yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah.
  • Bayi yang baru lahir.

Bagaimana cacar air boleh dicegah?

  • Cacar air boleh dicegah dengan suntikan pelalian. Minta nasihat doktor.
  • Jika anda mendapat cacar air, elakkan jangkitan kepada orang lain dengan tidak pergi ke sekolah atau ke tempat kerja sehingga lepuh menjadi kering dan berkerak.
  • Seseorang yang berisiko mendapat cacar air yang teruk (bayi yang baru lahir, yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, wanita mengandung) yang terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air, mungkin diberi antibodi dalam bentuk immunoglobulin untuk memberi perlindungan segera.

3 comments to “Cacar Air?”

  • April 28, 2010 at 5:18 PM

    yes...
    mencegah lebih baik dr merawat!!
    kesian baby kalo terkena..azabnya tempias pd kita ..harapnya dijauhkan..!!

  • April 28, 2010 at 10:44 PM
    Nurulhuda says:

    mintak macam tu jugaklah....nie pun baru balik dari hantar 2F's ke Shah Alam...hehee

  • January 22, 2017 at 2:28 AM
    Blogger says:

    Have used AVG protection for a few years now, and I recommend this product to everybody.

Post a Comment

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

::: Corat.CorEt.90home ::: Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates