meh click sini...

Monday, November 30, 2009

Daun Kucai&Ikan bilis

,
Rebus daun kucai bersama ikan bilis, makan bersama nasi panas, mudah-mudahan pengeluaran susu akan bertambah.

Konsep Supply and Demand..

,
Lagi petikan dari Pn Fara (pakar laktasi) untuk rujukan saya......

Mesti ada guts,percaya susu adalah rezeki anak!,..yup it is...no more formula milk for my bebe.....InsyaAllah!!

Salam mama!

Breastfeeding is a matter of supply and demand. Konsep bekalan dan permintaan. The more demand, the more milk will be supplied. Ya, Semakin banyak susu diminum/dihisap oleh baby, semakin banyak susu akan dihasilkan. Saya suka ibaratkan seperti satu flushing system di rumah. Selepas selesai menunaikan hajat, kita akan tarik flush dan tank itu akan kosong. Tak lama kemudian, ia akan penuh semula ikut amount yang sepatutnya yang dikawal oleh pelampung. Atau perumpamaan saya sedang menjamu rakan2 makan di satu majlis. Jika sate yang ditempah oleh saya berlebihan setelah selesai majlis, saya akan tempah/kipas smaller amount next time. Tetapi jika tetamu saya menghabiskan sate tersebut and look around for more, saya akan mengipas sate lebih banyak utk next event.
Know what, Lactating breasts work in the same way! Ya, ianya sama sahaja. Terdapat satu protein di panggil Feedback Inhibitor of Lactation (FIL) yang akan kawal dan adjust penghasilan susu dalam badan ibu. Apabila kuantiti susu yang banayk tidak dikeluarkan (apabila payudara penuh namun tak diberi/dikeluarkan samada menyusu anak atau mengepam, akan menyebabkan FIL berkumpul dalam payudara, pengeluaran akan berkurangan. FIL diibaratkan seperti pelampung dalam flushing system, pada satu takat bila air dah penuh, air takkan diisi lagi ke dalam tangki flush. Ini akan meningkatkan takat penghasilan FIL. Jadi disini saya harap anda jelas tentang pentingnya mengosongkan payudara.

flushing system

Jika baby nurse dgn baik dan susu dikeluarkan dgn baik dr payudara, badan akan mencukupkan susu yang terhasil. Penyusuan atau Pengepaman (jika bekerja) yang kerap dari payudara dan “mengosongkan” payudara akan meningkatkan supply/bekalan/pengeluaran susu ~ untuk memberitahu pd badan “anak saya perlu lebih susu” seperti kisah tetamu yang mencari sate2 lebih yang habis tadi. Baby akan mendapat susu yang cukup setiap kali dia menyusu.

Dengan konsep supply ini, apa yang penting bukanlah “BERAPA BANYAK SUSU YANG IBU ADA” namun lebih kepada “BERAPA BANYAK YANG BABY DAPAT/PERLUKAN”. Saya ingin sekali highlight perkara ini: Payudara ibu akan sentiasa mengeluarkan susu, setitik dua titik atau lebih NAMUN TIADA SETITIK pun yang baby akan dapat jika cara perlekapan yang salah atau sucking problem. So, cara perlekapan bayi masih satu perkara yang sgt penting dan berkait rapat dlm setiap hal penyusuan. Sudah tentu lama kelamaan susu ibu akan drop off. Dan juga selalu ibu berpendapat susunya makin kurang kerana breastnya sudah lembut dan tidak penuh/tegang seperti dlm confinement/pantang kerana babynya menyusu dgn kerap. Dont worry, its a good sign =) Kuantiti susu yang dihasilkan telah di adjust oleh hormon mengikut keperluan baby dr masa ke semasa =)

good latch =)
Tips for keeping the milk flowing:

1) susui baby seawal yang mungkin (within 1 hour selepas bersalin) dan amalkan rooming in supaya boleh menyusu bayi on demand/bila2 masa di hospital.
2) Jauhi susu formula, atau makanan pelengkap lain atau air masak (baby bawah 6 bulan) utk mengelakkan gangguan bekalan/supply susu ibu dan mengurangkan risiko jangkitan.
3) Biar baby yang tentukan masa bila dia mahu menyusu bila2 masa sahaja tanpa melihat jam atau mengira waktu feedingnya. A normal time frame for a newborn feeding is ten to thirty minutes on each side =0
4) Offer kedua-dua belah payudara setiap kali sesi penyusuan pada minggu awal kelahiran baby. Bekalan susu utk setiap payudara tidak sama, ianya bergantung kpd kekerapan memberi pada baby.
5) Biar baby habiskan penyusuan pada sebelah payudara ~ he’s done bila dia let go mama’s breast/lepaskan puting atau menghisap secara perlahan atau tertidur. Menyekat sesi penyusuan baby di tengah2 penyusuan ibarat menyuruh baby skip “desert”nya atau dlm erti kata lain, baby tidak akan dpt susu akhir/hindmilk yang tinggi lemak (utk mengenyangkannya) And please, ibu tentu tidak mahu baby nya put on diets =)

6) Susui bayi at least 8-12 kali pada hari/minggu awal kelahirannya termasuklah waktu mlm

7) Hubungilah pakar laktasi jika penyusuan menyakitkan atau baby tidak menunjukkan minat pd penyusuan. Kesakitan menyusukan akibat poor latch/perlekapan tidak betul dan akan affect supply susu

8)Avoid pacifiers, please. Puting akan mengakibatkan mama tidak perasan anaknya lapar dan ‘penyusuan on demand’ affected.

9) Makanlah supplemen atau makanan yang berkhasiat dan boleh menambahkan air susu.

Terdapat juga situasi yang mana susu ibu tidak ada disebabkan keabnormalan atau penyakit2 lain, akan saya ceritakan kemudian. Banyak ibu yang amat risau bila stok susu mereka sudah mulai ’surut’ dan masa inilah ibu2 panik. Saya amat sarankan anda mula mengumpul stok susu semasa di dalam pantang. Kumpullah sebanyak yang mungkin supaya apabila kita kembali bekerja, kita tidak akan ada masalah “stok ngam-ngam sui”. apabila anak anda tidur, anda mula lah mengepam kerana semasa pantanglah susu kita overflow dan kita tidaka akan dpt sebanyak itu apabila sudah mula bekerja dan seterusnya. Dan cuba tidak berikan stok EBM semasa dalam pantang dan susuilah anak anda secara direct feeding.

Mcm maner nak increase susu?

,
Ini petikan yang saya ambil dr blog pn Fara..(pakar laktasi dan pemilik SaraKids)

Hari ini saya nak bercerita tentang Bagaimana Ibu-ibu yang telah kembali bekerja atau yang tidak bekerja setelah beberapa bulan bersalin. Beberapa soalan diterima berbentuk begini “Saya masih menyusukan anak secara eksklusif? Namun kenapa susu makin kurang selepas beberapa bulan. Tak sebanyak semasa berpantang, boleh kumpul berbotol2″ Ya, perkara ini amat merisaukan mama2. Setiap ibu akan merasai begitu. Ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust dgn hormon yg dihasilkan. Susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun baby sedang menyusu. Namun, setelah beberapa bulan, badan ibu sudah adjust sepenuhnya pd hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan baby, dlm erti kata lain, ikut nature cara ibu beri susu pd anak, mengepam dan lain2. Kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif, tanpa air masak (sebelum 6 bulan), sentiasa mengepam dan tidak ponteng sesi mengepam, anak menghisap kedau2 belah payudara, maka susu yg terhasil bnyk, WALAUPUN tak sebanyak semasa berpantang. Namun, jika ada yg kata susu mereka telah kering, pam satu hari pun susah nak dpt 4 oz, ibu harus kaji apakah rutin mereka setiap hari. Ada berbagai cara utk increase milk supply:

1. Menyusu (direct feed) atau Pam lah susu sekerap yang boleh. FEEDING IS ON DEMAND. Dan Konsep demand & supplyNamun sebagai panduan: every 1 1/2? – 2 hours sewaktu siang dan every 3 hours mesti kejutkan baby utk menyusu. Jika pam, Walaupun hanya dapat 1 oz, its ok. teruskan mengepam dan menyimpan. Lebih bnyk demand, lebih bnyk supply.

2. Susuilah baby kedua2 belah payudara sehingga baby sendiri yang melepaskan puting setelah dia tertidur kekenyangan. Ini akan meransang lebih bnyk penghasilan susu.

3. Walaupun digalakkan ibu direct feed baby mereka, namun jika ada yg tidak dapat berbuat demikian kerana kerja dsb, pam lah dengan menggunakan pam yg baik dan hospital grade kerana ianya membantu ibu2 yang menyusukan anak secara eksklusif. Ini diakui ramai. Pilihlah pam yang berbaloi walaupun agak mahal.

4. Pastikan baby meet all his sucking needs atau menghisap pd kadar maksimum pada payudara. Didapati ada bayi yang gemar menggonggong, sukar lepaskan puting mamanya. Biarkan si manja menghisap as this will help to stimulate mom’s supply. JANGAN/JAUHI puting/pacifier atau dummies.

5. Dinasihatkan tidak introduce baby kepada makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan stimulation pd breast si ibu. Jika anda khuatir adakah si anak cukup susu ibu dr payudara, anda boleh lihat diaper baby dan kekerapan baby buang air kecil atau besar.

6. Dari segi penjagaan si ibu pula, rehatlah sekucupnya. Jauhi stres kerana stres akan menyebabkan hormon oksitosin terencat, sekaligus merencat pemancutan susu ibu. Bawa bayi tidur bersama anda setiap masa anda dengan bayi (hari cuti) as proven skin to skin contact akan encourage baby utk menyusu sekerap mungkin.

7. Dr segi pemakanan, minumlah air masak secukupnya. Ada pelbagai supplement untuk menambah susu ibu, namun tidak semuanya ’serasi’ dengan si ibu. Antara yang berkesan adalah fenugreek. adalah lebih bagus jika ibu mengambil fenugreek dan menyusu/pam sekerap yang boleh, kerana ianya akan meningkatkan keefisienan penghasilan air susu ibu. Fenugreek selamat untuk bayi jika ibu mengambilnya pd dos yang betul. Namun bagi ibu yg sedang mengandung atau athma, anda tidak dibenarkan mengambil fenugreek. Selain itu, pil ASI jga membantu. Pil ASI adalah jamu yang boleh meningkatkan air susu ibu. Namun, dos yang sesuai juga harus diambil utk mengelakkan kesan pd bayi yg disusukan. Milkmaid tea, Melilea Soy Oranic, Organic Henry, dan pelbagai protein lain juga boleh diambil kerana protein dan kalsium membantu in increasing milk supply. Drugs/pil2 hormon juga boleh diambil seperti maxolon, motilium, domperidone, raglan (ini boleh lead to depression/mood swing). Tetapi, dapatkan prescription doctor pakar sebelum mengambil pil2 ini.

8. Supplemen tradisional: Oh, ini merupakan amalan org2 tua dulu2 yang sememangnya tidak pergi ke farmasi atau berjumpa doctor. Saya ingin cadangkan HALBA( yg selalu digunakan dlm masakan nasi dagang), menggantikan fenugreek yang sgt efektif utk menambahkan air susu ibu. So, kalau anda tak berkesempatan beli suplemen di farmasi, beli saja halba di kedai2 runcit. InsyaAllah ada kesannya. Lobak putih, pegaga, pucuk betik, jantung pisang, sawi, daun cekur manis, kacang hijau, kacang tanah, daun kucai, petola, bayam, longan kering juga dipercayai boleh meningkatkan air susu ibu. Anda boleh cuba pelbagai masakan. Selain menambah susu, anda boleh polish skill memasak =) Suami pun makin sayang =)

8. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi. Ketika berjauhan, pam lah susu keluar sambil lihat gambar anak di hp, atau bayangkan wajah comel anak yang menjadi segala-galanya dlm hidup. Sentiasalah berdoa pd Allah, semoga diberi ketenangan (tidak stres) dan di banyakkan air susu. Usaha + tawakkal adalah sebaiknya.

Ibu2, jgn lupa utk minum susu, atau ambil pil kalsium di pasaran, kerana menurut paedatrician, ibu menyusu akan menyalurkan kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurang kalsium. – Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat, mknlah kalsium ya!

Tuesday, November 24, 2009

Permata Hatiku

,
Di usia perkahwinanku yang baru hendak menginjak 4tahun pada Dec 09 ini, aku telah dikurniakan dgn 3 orang permata hati yang semuanya heroes. Hahahaha..mungkin belum lagi rezeki untuk mendapat anak perempuan. Namun aku bersyukur dgn kehadiran Muhammad Fariz Hazim(3yrs 3mths), Muhammad Farihin Hazim( 2yrs 3mths) dan Muhammad Farhan Hazim ( 0+ months). Penyeri hidup mama dan ayah.
Seronok bila berada bersama mereka.. Hilang segala masalah dan stress..Benar kata org anak adalah segalanya..Semoga Allah akan sentiasa memberkati kami sekeluarga..

'Kisah Permata Hatiku' - adalah segalanya ttg anak2ku .....

Menyusu badan...EBM..

,
Kepentingan penyusuan ibu menurut Islam:``Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.'' - Surah al-Baqarah


Niat untuk menyusukan badan secara ekslusif mmg telah lama diidam2kan..Kerana terlalu banyak kelebihan yg diperolehi tak kira utk si ibu atau si anak..Saya telah lama mendengar ttg penyusuan ekslusif, dan saya telah 'cuba' sejak dari anak yang pertama, Muhammad Fariz Hazim dan Muhammad Farihin Hazim. Ternyata kecetekan ilmu telah menggagalkan usaha saya. Rupa-rupanya dgn hanya berkata saya nak menyusukan anak secara ekslusif tanpa sebarang research dan iltizam tidak akan membawa saya kemana-mana. Untuk anak yang ketiga, Muhammad Farhan Hazim, saya harus kuatkan semangat. Ilmu juga harus ditambah demi menjayakan usaha murni tersebut. Tetapi kadang2 ilmu membaca sahaja tidak mencukupi harus datang juga iltizam dan tidak malu untuk bertanya. Tentunya pertanyaan itu harus pada org yg betul dan percaya tentang kelebihan ekslusive breastfeeding.


Apakah kelebihan breastfeeding?


-Untuk Anak..si manjaku...



  1. Susu awal ibu yang menitis pekat berwarna kekuningan mengandungi kolostrum yang tinggi khasiatnya untuk si manja. Antaranya:Melindungi bayi daripada jangkitan dan alahan kerana ia kaya dengan antibodi, mencegah jangkitan dan penyakit mata kerana mengandungi vitamin A & E, kematangan usus dan mencegah alahan dan mengeluarkan mekonium dan mencegah jaundis (susu ibu juga sejenis laksatif).

  2. Mengandungi khasiat zat yang lengkap bagi memenuhi keperluan bayi* Mengandungi protein, lemak dan asid lemak yang tinggi dan mudah dihadam. Perkembangan sistem penglihatan bayi yang menyusu juga mengumpul DHA di dalam korteks. (Kajian menunjukkan bayi yang menyusu adalah 5.2 mata lebih tinggi daripada yang tidak menyusu susu ibu. - American Journal Of Clinical 1991)*

  3. Melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan

  4. Mengurangkan penyakit-penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis dan cirit-birit.

  5. Mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti kanak-kanak bila mereka dewasa* Mengurangkan risiko sindrom kematian bayi

  6. Mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang

  7. Mengurangkan risiko pencemaran berbanding penyusuan yang lain

Untuk Mama



  1. Melindungi kesihatan ibu, merendahkan risiko terhadap barah buah dada dan ovari

  2. Mengelakkan pendarahan selepas bersalin

  3. Menjarakkan kelahiran kerana ia merupakan cara perancang keluarga semula jadi

  4. Mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut kerana hormon oksitosin membantu mengecutkan rahim

  5. Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak

  6. Penyusuan ibu boleh dilakukan pada bila-bila masa saja dan di mana-mana sahaja.

Apabila mama mengetahui ttg kelebihan susu ibu, mama rasa berdosa menidakkan keperluanmu . InsyaAllah seboleh mungkin Mama akan cuba menyusukanmu,Farhan, selama mungkin. Amin! Anak2 Mama, Fariz dan Farihin , Mama mohom maaf kerana Mama naif dan lambat meyedari akan keupayaan utk menyusukan kalian..


I am back on track..

,
Lama tinggalkan blog nie. Masalahnya sbb tak pandai mem'blog' kan diri..hahahaha..

But now I'm back.. betullah org kater boring2 layan blog lagi seronok.Sekarang saya masih dlm pantang..Dah sebulan saya dlm pantang..maksudnya lagi sebulan saya ader masa utk melayan blog sblm mula bekerja.. Huhuhu 'enjoylah' puas2 before naik kerja..

InsyaAllah mulai arini saya akan mula mem'blog' kan diri....Caiyok!

Tuesday, April 14, 2009

My First Post!

,
Alas!...I have my own blog.. It takes almost years for me to create blog. With my capability in computer (where less knowledge in IT..own mistakes! Hahaha) I finally post one! A great achievement for me.

Always think about what is blog for?Why shud a create a blog..Day by day...I read and keep reading via all the blogs that I can get(eventually not all since i am not that diligent..hehehe) and realize that we can do wonders in the blog..Oh yes!Some using blog to express selves feeling..sharing knowledges..

Me myself still thinking what will my blog lookslike..hahahaha...Do I also received comments..

Think it's enuff for my first post!

Will write again...cheer!

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

::: Corat.CorEt.90home ::: Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates