meh click sini...

Monday, November 30, 2009

Konsep Supply and Demand..

,
Lagi petikan dari Pn Fara (pakar laktasi) untuk rujukan saya......

Mesti ada guts,percaya susu adalah rezeki anak!,..yup it is...no more formula milk for my bebe.....InsyaAllah!!

Salam mama!

Breastfeeding is a matter of supply and demand. Konsep bekalan dan permintaan. The more demand, the more milk will be supplied. Ya, Semakin banyak susu diminum/dihisap oleh baby, semakin banyak susu akan dihasilkan. Saya suka ibaratkan seperti satu flushing system di rumah. Selepas selesai menunaikan hajat, kita akan tarik flush dan tank itu akan kosong. Tak lama kemudian, ia akan penuh semula ikut amount yang sepatutnya yang dikawal oleh pelampung. Atau perumpamaan saya sedang menjamu rakan2 makan di satu majlis. Jika sate yang ditempah oleh saya berlebihan setelah selesai majlis, saya akan tempah/kipas smaller amount next time. Tetapi jika tetamu saya menghabiskan sate tersebut and look around for more, saya akan mengipas sate lebih banyak utk next event.
Know what, Lactating breasts work in the same way! Ya, ianya sama sahaja. Terdapat satu protein di panggil Feedback Inhibitor of Lactation (FIL) yang akan kawal dan adjust penghasilan susu dalam badan ibu. Apabila kuantiti susu yang banayk tidak dikeluarkan (apabila payudara penuh namun tak diberi/dikeluarkan samada menyusu anak atau mengepam, akan menyebabkan FIL berkumpul dalam payudara, pengeluaran akan berkurangan. FIL diibaratkan seperti pelampung dalam flushing system, pada satu takat bila air dah penuh, air takkan diisi lagi ke dalam tangki flush. Ini akan meningkatkan takat penghasilan FIL. Jadi disini saya harap anda jelas tentang pentingnya mengosongkan payudara.

flushing system

Jika baby nurse dgn baik dan susu dikeluarkan dgn baik dr payudara, badan akan mencukupkan susu yang terhasil. Penyusuan atau Pengepaman (jika bekerja) yang kerap dari payudara dan “mengosongkan” payudara akan meningkatkan supply/bekalan/pengeluaran susu ~ untuk memberitahu pd badan “anak saya perlu lebih susu” seperti kisah tetamu yang mencari sate2 lebih yang habis tadi. Baby akan mendapat susu yang cukup setiap kali dia menyusu.

Dengan konsep supply ini, apa yang penting bukanlah “BERAPA BANYAK SUSU YANG IBU ADA” namun lebih kepada “BERAPA BANYAK YANG BABY DAPAT/PERLUKAN”. Saya ingin sekali highlight perkara ini: Payudara ibu akan sentiasa mengeluarkan susu, setitik dua titik atau lebih NAMUN TIADA SETITIK pun yang baby akan dapat jika cara perlekapan yang salah atau sucking problem. So, cara perlekapan bayi masih satu perkara yang sgt penting dan berkait rapat dlm setiap hal penyusuan. Sudah tentu lama kelamaan susu ibu akan drop off. Dan juga selalu ibu berpendapat susunya makin kurang kerana breastnya sudah lembut dan tidak penuh/tegang seperti dlm confinement/pantang kerana babynya menyusu dgn kerap. Dont worry, its a good sign =) Kuantiti susu yang dihasilkan telah di adjust oleh hormon mengikut keperluan baby dr masa ke semasa =)

good latch =)
Tips for keeping the milk flowing:

1) susui baby seawal yang mungkin (within 1 hour selepas bersalin) dan amalkan rooming in supaya boleh menyusu bayi on demand/bila2 masa di hospital.
2) Jauhi susu formula, atau makanan pelengkap lain atau air masak (baby bawah 6 bulan) utk mengelakkan gangguan bekalan/supply susu ibu dan mengurangkan risiko jangkitan.
3) Biar baby yang tentukan masa bila dia mahu menyusu bila2 masa sahaja tanpa melihat jam atau mengira waktu feedingnya. A normal time frame for a newborn feeding is ten to thirty minutes on each side =0
4) Offer kedua-dua belah payudara setiap kali sesi penyusuan pada minggu awal kelahiran baby. Bekalan susu utk setiap payudara tidak sama, ianya bergantung kpd kekerapan memberi pada baby.
5) Biar baby habiskan penyusuan pada sebelah payudara ~ he’s done bila dia let go mama’s breast/lepaskan puting atau menghisap secara perlahan atau tertidur. Menyekat sesi penyusuan baby di tengah2 penyusuan ibarat menyuruh baby skip “desert”nya atau dlm erti kata lain, baby tidak akan dpt susu akhir/hindmilk yang tinggi lemak (utk mengenyangkannya) And please, ibu tentu tidak mahu baby nya put on diets =)

6) Susui bayi at least 8-12 kali pada hari/minggu awal kelahirannya termasuklah waktu mlm

7) Hubungilah pakar laktasi jika penyusuan menyakitkan atau baby tidak menunjukkan minat pd penyusuan. Kesakitan menyusukan akibat poor latch/perlekapan tidak betul dan akan affect supply susu

8)Avoid pacifiers, please. Puting akan mengakibatkan mama tidak perasan anaknya lapar dan ‘penyusuan on demand’ affected.

9) Makanlah supplemen atau makanan yang berkhasiat dan boleh menambahkan air susu.

Terdapat juga situasi yang mana susu ibu tidak ada disebabkan keabnormalan atau penyakit2 lain, akan saya ceritakan kemudian. Banyak ibu yang amat risau bila stok susu mereka sudah mulai ’surut’ dan masa inilah ibu2 panik. Saya amat sarankan anda mula mengumpul stok susu semasa di dalam pantang. Kumpullah sebanyak yang mungkin supaya apabila kita kembali bekerja, kita tidak akan ada masalah “stok ngam-ngam sui”. apabila anak anda tidur, anda mula lah mengepam kerana semasa pantanglah susu kita overflow dan kita tidaka akan dpt sebanyak itu apabila sudah mula bekerja dan seterusnya. Dan cuba tidak berikan stok EBM semasa dalam pantang dan susuilah anak anda secara direct feeding.

2 comments to “Konsep Supply and Demand..”

  • July 2, 2010 at 3:39 PM

    Memang interesing Kak Huda. Harap ina pon berjaya seperti Kak Huda. Chayok2 :D

  • July 13, 2010 at 6:51 AM
    Nurul says:

    Eena..samer2lah kiter berusaha.....caiyok...

Post a Comment

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

::: Corat.CorEt.90home ::: Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates