meh click sini...

Friday, November 4, 2011

. . : : Hari keempat~The surgery Part I.....

,
Tidak seperti malam-malam sebelumnya,
malam tadi saya ditemani 
cik asben dan anak-anak.....
Gembira dan lebih bersemangat saya untuk 
menghadapi hari ni..

Seawal jam 545am saya sudah membersihkan diri
dan berwuduk..
Mendengar laungan azan subuh dari Masjid Salahuddin Abdul Aziz Shah
(dekat dgn hospital)

Gambar ihsan:Masjid Salahuddin Abdul Aziz Shah
Saya bingkas menunaikan kewajipan solat subuh. 
Usai solat, satu-satu wajah yang disayangi saya lihat...
Sayu..
Bukan kerana surgery yang bakal dilakukan.. 
Tapi saya terfikir, kalau ada perkara yang lebih serius berlaku ..? (termangu saya)
Wallahu 'alam

Pintu diketuk, cik nurse masuk membawa set pakaian untuk surgery saya (sexy oo)...
"Puan, nanti tukar pakaian jam 730am yer.Dlm pukul 8 , bhgn surgery
akan datang jemput puan", arah cik nurse.

Saya senyum..(setujulah tu)
Masa tu apa yang saya fikir ialah mengejutkan 3Fs..
Nak mandikan dorang..(rindu dgn rutin harian..hehe)
Usai segala urusan , baru berkira-kira nak tukar baju 'sexy'
Pintu bilik di ketuk lagi..
Sebuah katil sudah menunggu saya diluar bilik bersama 
2 orang cik nurse yang cun..

"Puan bersiap sekarang ya..Surgery puan bermula awal"
Aiyak...
Bertukarlah pakaian saya kepada operation attire..
auwww...sexy u..main ikat2 jer..
(terimbau masa bersalin dulu..camtu jugak yer tak?)

Saya disorong masuk ke Surgery Unit.
Saya memandang ke syiling..
Sebijik macam drama/filemlah..
Lampu, cara katil disorong oleh nurses with complete operation attire..
Cuma kali nie..ia adalah drama/filem saya,
saya pelakon utamanya.. ^__^!

Saya diminta untuk menandatangani borang kebenaran,
"Adakah nama puan - Nurulhuda Md Amin?"
"Yer.."
"No Ic Puan - 8######-01-####, betul?"
"Betul"
"Puan faham dan bersetuju dengan surgery ini?"
"Ya"
"Sila tandatangan di sini, puan"

Saya ditempatkan di ruang menunggu ..
Saya kemudiannya didatangi oleh Anaesthesiologist (pakar bius) dan assistantnya Farid.



Anaesthesiologist

MBBS (Mys), M.MED (ANAESTH)(Malaya), FAMM

Satu line dibuat pada tangan kanan saya untuk memasukkan ubat bius nanti.
Adoinya sakit..
tapi saya dah tak kisah, memang lengan kiri kanan dah lebam dek
pengambilan darah untuk blood test dulu.

Sepanjang menunggu giliran saya,
saya cuba mententeramkan diri. Ingat Allah ...
Ingat yang Allah masih menyayangi diri ini,

Tiba2 saya teringat kata ustazah Hasni Mansor,

Untuk memasuki syurga Allah tidak semudah itu,
sungguhpun Allah berkata syurga bagi mereka yang mentaati ku, mengikut sunnah nabi..
sedangkan sahabat-sahabat nabi diberi ujian yang lagi hebat 
inikan pula kita?
Ujian akan bertukar bala, jika kita menidakkannya..
tetapi akan bertukar menjadi hikmah jika kita mensyukurinya..
(sedikit tazkirah...hehehe)

Back to the story,Kerana cermin mata dah dibuka, saya pun menjadilah rabun.
Bagi mengelakkan saya pening.
Saya memilih untuk pejam mata sajerlah..

zerreeetttttt....langsir di ruang menunggu ditarik....
"Puan Nurulhuda, sekarang kami akan bawa puan ke OT ya"
 Senyum lagi saya...mengangguk ...

Katil disorong masuk ke OT,
encik Dr Bius, encik Dr ENT dan cik nurses sudah pun menunggu saya..
Senyum ke arah saya..
tekanan darah (BP) saya diperiksa
Apnea monitor dipasang pada badan saya untuk monitor pernafasan
encik Dr Bius memberi ubat bius menerusi line yang dibuat tadi..
bisa macam kena gigit semut api, sejuk menjalar ke lengan kanan saya...
dan mata saya tertutup rapat....
sunyi..


*** intermission ***

2 comments to “. . : : Hari keempat~The surgery Part I.....”

  • November 30, 2011 at 9:03 AM

    takutkan masuk bilik surgery... Anaest tu DR kat sini.. Dr Ravin kan? Baik dia tu.. :) Haza pun dah 2x masuk di bedah, selalunye Haza yg assist Dr buat operation :) Still rasa takut...

  • November 30, 2011 at 9:07 AM
    Nurul says:

    Mummy Haza.. A'ah takut jugak..Dr Ravin tu baik..dia boleh buat kelakar lagi sblm masuk OT tu...hehehe

Post a Comment

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

::: Corat.CorEt.90home ::: Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates