meh click sini...

Wednesday, March 31, 2010

Solat itu Buang Masa???

,

“Mengapa orang Islam banyak buang masa untuk bersembahyang?” Anda terkejut? Sudah tentu. Ini adalah soalan yang jarang kita dengar. Soalan ini ditanyakan pada saya lebih kurang 15 tahun yang lalu ketika berada di Jepun. Ia diajukan oleh pelajar-pelajar Jepun yang melihat pelajar-pelajar Malaysia solat lima waktu sehari semalam.

Sebelum menjawab soalan ini, saya menyoal kembali pelajar-pelajar Malaysia yang hadir dalam majlis usrah itu:
“Mengapa soalan seumpama ini ditanyakan ketika kamu di sini, tidak di Malaysia?”
Seorang pelajar menjawab, “kerana mereka jarang melihat orang solat.”
Yang lain menjawab, “mereka menyembah berhala mereka sekali-skala. Tidak sekerap dan selama kita umat Islam.”

Saya senyum. Pelajar-pelajar itu berminat sungguh untuk mendalami Islam. Mereka mendekati Islam lebih serius berbanding ketika mereka di Malaysia dahulu. Ketika di perantauan, ramai yang kembali gigih menghayati agama sebagai perisai diri daripada kejutan budaya dan godaan persekitaran yang terlalu mencabar.
“Ada sebab lain?” tanya saya sekadar mengundang reaksi. Mereka diam. Mungkin terus berfikir.

“Orang Jepun sangat menghargai masa. Pengurusan masa mereka sangat efisien. Majoritinya tidak membuang masa…” kata saya meluahkan hasil pemerhatian secara rambang. Memang, ketika di dalam kereta api kebanyakan mereka membaca. Buku-buku dan komik banyak tersusun di bahagian atas syiling kereta api.

“Jadi bagi orang Jepun yang tidak membuang masa, 5 ke 10 minit yang kita luangkan untuk mengerjakan satu waktu solat dirasakan telah membuang masa. Sebab itu mereka bertanya, mengapa kita membuang masa. Sebab itu soalan itu timbulnya di kalangan orang Jepun. Kenapa tidak di kalangan orang kita di Malaysia? ”

“Sebab orang kita masih ramai yang membuang masa,” jawab seorang pelajar secara spontan.
Saya senyum, sambil mengangguk kepala. Bagi orang yang banyak membuang masa, apalah ertinya 5 atau 10 minit untuk solat. Bagi mereka yang suka melepak, berbual kosong, berlegar-legar di pusat membeli-belah sampai berjam-jam apalah harga masa yang sebanyak itu. Tidak jadi kudis. Namun tidak bagi orang Jepun, masa beberapa minit untuk aktiviti yang tidak penting (termasuk solat – pada pandangan mereka) sangat membazir masa.

“Apa yang saudara jawab?” tanya saya menduga. Gembira melihat mereka tercabar begitu. Kekadang kecintaan dan kefahaman kita terhadap Islam hanya timbul dengan adanya cabaran dan perlecehan.
“Susah nak jawab sebab Allah perintahkan kita. Mana mereka boleh terima jawapan yang begitu.”
“Perlu dijawab begitu. Sebab Allah, Tuhan kami perintahkan begitu.”

“ Tapi kalau ditanya lagi apa sebabnya Tuhan kamu perintahkan begitu?”
“Jawablah, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya daripada hamba itu sendiri,” jawab saya.
“Mungkin mereka terima jawapan dari perspektif kita. Tapi bagaimana kalau kita nak jawab yang logik dan rasional mengikut perspektif mereka?” tanya seorang penuntut tahun akhir kejuruteraan elektrik (seingat saya).
Bagus soalan itu. Saya memang menantikan respons yang lebih kritikal dan berani.

“Tanyakan mereka, apa yang kamu buat untuk memastikan alat-alat teknologi kamu dalam keadaan yang baik? Bukankah kamu sentiasa menyelenggarakannya? Lebih canggih alat teknologi kamu, maka semakin kerap kamu menyelenggarakannya. Kamu sentiasa buat “maintanance” kapal terbang, kereta api elektrik (“bullet train”) dan kereta kamu…” terang saya.

Pelajar-pelajar yang berjumlah 20 orang itu tidak berganjak. Hawa musim dingin kota Ibaraki itu sekali-sekala mencuri masuk melalui regangan tingkap yang terbuka. Nyaman.
“Kemudian tanyakan mereka siapa yang lebih canggih, alat-alat atau jentera teknologi yang dicipta itukah atau pun manusia yang menciptanya?”
“Tentulah manusia,” jawab mereka hampir serentak.
“Nah, kalau begitu tanyakan mereka, kalau kamu sering malah sentiasa selenggarakan alat-alat teknologi yang canggih, mengapa kamu tidak selenggarakan diri kamu yang lebih canggih?

“Mereka akan tanya, bagaimana nak selenggarakan diri kami?”
“Itu kami tidak pasti. Tetapi bagi kami orang Islam, solat adalah cara kami “maintenance” diri kami. Malang sekali kalau kamu hanya menyelenggarakan alat-alat teknologi kamu tetapi kamu lupa menyelenggarakan diri kamu sendiri.”
“Kalau mereka bertanya apakah yang dimaksudkan dengan menyelenggarakan diri pada seorang manusia?”

“Seorang itu dikatakan menyelenggarakan dirinya jika ia membersihkan hati, menstabilkan emosi dan menenangkan fikirannya. Inilah yang berlaku dalam solat yang sempurna. Seorang itu mengadu, merayu, merintih dan menyerahkan kembali segala kegalauan, keresahan dan keserabutan jiwanya kepada zat yang mampu dan mahu menyelesaikan segala-galanya. Siapa lagi kalau bukan kepada Allah!”

“Orang yang solat tidak akan sakit jiwa. Stres dan tekanan emosinya terkawal,” sampuk seorang pelajar di barisan belakang.
“Sebab itu orang Islam tidak bunuh diri walau bagaimana besar sekali pun masalah yang mereka hadapi,” tambah yang lain.
“Tidak seperti orang Jepun, kadar membunuh diri di kalangan mereka tinggi!”
“Dan ketika itulah mereka mungkin boleh disedarkan betapa solat yang beberapa minit itu bukan sahaja tidak membuang masa bahkan sangat penting sekali dalam kehidupan seorang manusia,” ujar saya sebagai satu kesimpulan.

SOLAT ITU SOAL PERIBADI?

Itu kisah orang Jepun yang bukan Islam. Sekarang mari kita ikuti kisah orang Islam sendiri dengan solat.
“Maaf, solat ini soal peribadi. Siapa yang nak buat sila, dah ada surau pun dalam bangunan ini. Siapa yang tak mahu, tak boleh paksa. Itu hal masing-masing.”
“Ya, solat tidak boleh dipaksa. Tetapi kita sebagai saudara seIslam, wajib mengingatkan. Dan saya ingin mengingatkan saudara, solat bukan soal peribadi,” tekan saya.

“Mengapa?”
“Solat itu mencegah seseorang dari kejahatan dan kemungkaran.”

“Itu saya tahu. Solat boleh mencegah kemungkaran. Saya pun selalu juga dengar kuliah-kuliah Subuh. Tapi ini dalam syarikat, kita tak perlu mengulang input-input dalam kuliah Subuh tu. Di sini kita bekerja, kita berniaga…”
“Tuan, masa kita berniaga dan bekerjalah selalunya godaan dan cabaran datang. Banyak kemungkaran dalam berniaga dan bekerja,” tusuk saya perlahan.

Kemungkaran dalam kerja? Apa tu?”
Ponteng, curi tulang, rasuah, melawan atasan, menindas bawahan, umpat, adu domba dan sebagainya. Kemungkaran ini bukan soal peribadi. Jika seorang melakukannya, ia memudaratkan yang lain. Lama-kelamaan ia berjangkit menjadi budaya yang negatif dalam syarikat. Ini akan menjejaskan operasi dan perjalanan syarikat secara keseluruhan.

“Kita sudah ada undang-undang dan disiplin organisasi. Itu sebagai kawalan untuk anggota kita tidak melakukan penyelewengan.”
“Undang-undang mencegah kemungkaran dari luar tetapi solat mencegah kemungkaran dari dalam. Kita perlukan kedua-dua pendekatan. Bahkan dalam apa jua keadaan pencegahan dari dalam itu yang lebih berkesan.”

“Kenapa?” tanyanya sepatah-sepatah. Pengurus bahagian sumber manusia itu masih tidak yakin betapa pentingnya kursus pemantapan solat dilaksanakan dalam organisasi itu. Sejak dari tadi saya terkial-kial untuk meyakinkan orang Islam sendiri tentang kaedah Islam mencegah penyelewengan dan salah laku dalam syarikatnya.
“Sebab solat akan membina rasa takut, cinta dan patuh kepada Allah. Orang yang begini akan meninggalkan kejahatan dengan kerelaan hati sendiri. Ataupun jika mereka tersalah, mereka akan segera bertaubat.”

“Ah, apa pula pihak atasan kata nanti. Kita anjurkan kursus solat pula, sedangkan selama ini kita giat menjalan kursus-kursus yang memberi kemahiran profesional kepada anggota-anggota kita,” katanya berterus-terang.
“Orang atasan tidak mahukah melihat orang-orang bawahan dan seluruh kakitangan syarikat ini jadi baik? Solat sangat penting untuk membentuk manusia jadi baik.”

Dia merenung muka saya lalu berkata,”tetapi kalau baik sahaja tetapi tak tahu bekerja, buat apa?”
“Dan kalau tahu buat kerja sahaja tetapi tidak jujur, buat apa?” balas saya.

Setelah melihat dia diam, saya menambah, “sebenarnya kita perlu kedua-keduanya sekali. Pemantapan solat pun perlu, peningkatan kemahiran profesional pun perlu. Alangkah baiknya jika kedua-duanya dilaksanakan secara bersepadu dalam syarikat ini. Kita tidak ada masalah, bukankah seluruh kakitangan syarikat ini beragama Islam?”
“Kos… kos dan peruntukan latihan akan bertambah,” balasnya.

Kali ini saya pula terdiam.
“Tuan, untuk program latihan kemahiran kita rela berbelanja besar. Mengapa untuk program pemantapan nilai-nilai Islam ini kita terlalu berkira?”
“Itu soal pihak atasan…” kilasnya.

“Tuan, di atas pihak atasan ini ada yang lebih atas lagi. Allah akan bertanya kepada kita, apa yang kita laksanakan untuk mendidik orang bawahan kita. Syarikat hakikatnya sebuah institusi. Kita akan ditanya oleh Allah tentang orang di bawah pimpinan kita. Bukan soal makan-minum dan kebajikan lahiriah mereka sahaja, tetapi juga soal iman dan Islam mereka.”

“Baik tu baik. Tetapi…”
“Tuan, jika syarikat terlalu berkira dalam soal-soal tarbiah begini, saya khuatir penyelewengan, rasuah, curi tulang dan lain-lain sikap negatif yang tuan katakan mula merebak dalam syarikat ini akan bertambah kronik. Pembaziran dan penyelewengan akan memporak-perandakan operasi. Produktiviti dan kualiti akan menurun. Penjualan juga akan merosot. Pembaziran berleluasa. Rasuah pula akan menyebabkan ketirisan wang yang bukan sedikit! Ini menelan kos yang lebih berbanding kos pendidikan,” pujuk saya.

Dia termenung. Sambil menepuk-nepuk tangannya ke meja dia berkata, “insya-Allah, nantilah akan saya fikirkan dulu.”
Saya menarik nafas. Begitulah cabaran dalam berdakwah. Setelah berhujah, kita perlu pasrah menyerah kepada Allah, pohon taufik dan hidayah-Nya. Apa pun benarlah seperti yang selalu diungkapkan, Islam adalah agama yang paling banyak disalah tafsirkan, bukan sahaja oleh orang bukan Islam…. tetapi oleh orang Islam sendiri.

Di Jepun, di Malaysia atau di mana sahaja, Islam sering disalah tafsirkan. Namun jangan pesimis atau kecewa. Itu bermakna peluang dan ruang untuk dakwah sentiasa terbuka!

Monday, March 29, 2010

Jom jalan2 ke I-city Shah Alam

,
Sabtu lepas, mama n hubby berjalan ke I-city..waaaaahhhh best sangat...terasa seperti berada di obersea..Farhan pun gembira sangat..mana taknya..colourful...Lihat sajer gambar2 kat bawah nie...Hanya gambar yang boleh memberitahu segala2nya..cewahhh...







Minum lagi.....


Waaa....Farhan..nampak warna merah....tak bley lepas....

Sempat menyusu Farhan..Hehehe..Maner2 yg sempat ..



Terasa susah nak tinggalkan tempat nie..tak puas berjalan....








Alhamdulillah...

,
Selama 2 bulan mama dok berulang ke rumah bebesitter dek kerana tiada masa untuk mengepam... (ermm boleh diterima pakai kah ayat ini?) Mama mmg mengepam dan bercita-cita untuk menjadi pengepam yang tegar..Mama sanggup buat apa saja demi untuk mencapai cita-cita menyusukan anak mama sehingga capai usia Farhan 2 tahun.

Mama telah pun berjaya mengepam susu semasa dlm pantang ...TAPI..mama telah silap menyelenggarakan susu beku mama..and mama akhirnya end-up dgn kekekurangan stok susu yang akhirnya membawa kepada ketidak adaan stok susu langsung...Mama menangis ..kerana mama fikir itulah penghujung kepada penyusuan Farhan...

Mama usahakan bangun malam...setiap 2 jam bangun...tapi Farhan seakan tahu akan pergerakan mama...Kat Office mama sempat pam 3x4oz botol susu..dan 1 botol lagi di rumah..Total susu yang dapat di kumpul sehari 16 oz..Itupun kalau Farhan xbgn minum susu mama...Farhan akan nangis kalao mama tak angkat dia..Farhan akan menangis kalau mama baringkan dia..Farhan akan menangis kalao mama tidak bersama dia...Farhan xmao duduk lamer dengan ayah...Oh Farhan...Macam maner mama nak bekal kan susu utk Farhan esok...
Maka terjadilah rutin menghantar susu tambahan pada siang hari...setiap hari waktu lunch mama akan berdesssuuuppp pandu SLK (Small Little Kancil) ke ruma bebesitter...untuk menjimatkan botol susu....Mama menyusukan Farhan sekali..Dapatlah Farhan susu fresh dari mama..

Hari nie..Mama dapat tahu dari bebesitter..rupa2nya Farhan kener sawan tangis...Apa itu sawan tangis? Mama pun tak tahu..tapi mama nampak perbezaannya...Farhan dah tak nangis lagi, Farhan nyenyak sajer tidor...Mama harap Farhan akan lebih rehat lepas ini...Mama akan cuba utk memberikan secukup bekalan susu untuk Farhan..Lagi sebulan sajer lagi sayang...Mama akan kenalkan Farhan pada makanan ..Yum Yum Yum...Anak mama akan makan pula selepas ini..Anak mama akan naik walker juga selepas ini...Alhamdulillah anak mama dah besar....sihat kerana minum susu mama....

SGM2-Managing Myths in Breasfeeding..

,
Alhamdulillah..Akhhirnya terpergi juga mama ke SGM2.. Walaupun hati nie selalu berdolak dalik..malu tak bertempat..yelah pergi ke tempat yang tak biasakan..Hehehe Nasib baik ada Nuha..taklah rasa terasing...Pagi2 lagi mama dah kelam kabut dgn anak2..Nasib baik mereka dah biasa bangun pagi jadiknya taklah ambil masa yang lama utk pujuk diorang mandi..

Perjalanan kami menuju ke Tasik Cempaka bley dikatakan lancar jugak..Terima kasih kepada 'hubby' yg malam sebelumnya dah pun meng'google' peta lokasi..Dari tol kajang , mama dan ibunadyne berkonvoi ke Tasik..carik punya carik...barulah jumpa lokasi perjumpaan..Seronok jumpa Bib...Oh itu member SI yang ke-2 mama jumpa !Orangnya lasak..sungguhpun sedang mengandung 9bulan..masih gagah memandu kereta sendirian ke Bani dari Gombak...

Warna tema SGM2 ialah purple..waaaaahhh tak sangka ibu2 SI semuanya sporting...Mama memang teruja bila berjumpa dgn Zatul77,LoveBaby..(xsangka masih meneruskan penyusuannya walaupun anak dah berusia 4 tahun...Tabik double springlah!)..Nie semua otai2 SusuIbu.com..

Mama selitkan beberapa gambar yg diambil oleh hubby sepanjang SGM2 dijalankan....


Thursday, March 25, 2010

Berblog kembali..

,
Ermmm lamer sungguh tak berblog...Terpanggil untuk berblog kembali selepas tgk rakan-rakan SI (SusuIbu.com) yang tersangatlah aktifnya berblog..hehehehe..mmg tak pernah terpikir ..Blog mereka semua canggih manggih...huhuhu..tak per lepas nie pun saya akan aktif berblog..pergghhh azam suku tahun pertama...

Sekarang nie tak der idea lagi nak tulis aper....Nnti idea sudah mari....Kompem nak tulis lagik..huhu

Sunday, March 21, 2010

Hypnobirthing....

,
Pengalaman melahirkan anak...Bg mama menyeronokkan...hahahaha kenapa ek? sbb thrill kot... Perasaan bercampur baur antara TaKuT...sebab pelbagai kemungkinan bley berlaku...perinium terkoyaklah,contraction yg terlalu lama...BerDebar-Debar...macam mana rupa bebe kita...eiii macam2 lagilah..mmg sukar digambarkan...Hanya mommy2 yg sedang berdepan dgn proses itu jer yg mengetahuinya.. Tapi mama selalu ingatkan diri mama dan berdoa...kalaupun dlm pertarungan ini aku kalah..sesungguhnya aku syahid sbg sorang ibu yang sedang melahirkan anaknya...Ya Allah ! kau permudahkanlah segala urusan hamba mu ini!

Mama ada copy artikel ttg hynobirthing dari Pa&Ma..Mama ada 'perjanjian maya' ngan kengkawan yg belom mama tunaikan...

Menerusi kelahiran yang tenang, tiada tekanan dan tanpa bantuan perubatan, bayi yang lahir turut tenang. Dia lebih riang, mudah menyusu dan tidur.Bukanka seronok melalui kelahiran begitu? ***,pendidik kelahiran Hynobirthing berkongsi teknik penenang diri dengan wartawan ***....

Hynobirthing Bersalin tanpa bantuan Epidural

Seringkali pengalaman melairkan negatif kala melahirkan bayi menjadi topik hangat di kalangan wanita baru lepas bersalin. Masing-masing sibuk mendedahkan pengalaman negatif malah situasi kecemasan yang dialami. Mereka seolah-olah percaya kesakitan dan kerumitan tersebut berkait rapat dengan proses kelahiran. Malangnya, perbincangan sebegini menjurus kepada peningkatan jumlah wanita menjadi takut bersalin.

Perlu anda tahu! Ketakutan melampau ini menyebabkan tubuh mengalami tegangan sekaligus menghalang keupayaan anda untuk melahirkan beyi secara normal. Akhirnya ketakutan menjadi punca anda perlu melalui proses kelahiran yang panjang, penh kesakitandan sering kali menimbulkan kekecewaan.

Sebelum hynobirthing wujud, kelahiran yang tenang dan selamat seakan-akan sukar dicapai. Mujurlah program ringkas ini dapat mendidik anda melakukan 'pukau' (hynosis) ke atas diri sendiri supaya emosi yang diselubungi maklumat salah tentang kelahiran dapat dilepaskan. Pada masa yang sama, program ini dapat membantu anda melahirkan kelahiran dar perspektif yang jauh berbeza seperti yang dikhabarkan.

Falsafah hynobirthing muncul daripada pemahaman bahawa kelahiran tidak seharusnya bermula dengan situasi yang menyakitkan. Tubuh setiap wanita terutamanya otot rahim sememangnya dicipta untuk bekerja dengan baik ketika proses kelahiran. Sehubungan itu, setiap wanita sebenarnya memiliki kearifan terpendam untuk melahirkan bayi secara semula jadi. Bagi mengecap kearifan itu, anda perlu menuruti tubuh dan bayi. Anda perlu sentiasa tenang, yakin dan bebaskan diri daripada secara ketakutan. Percayalah, ketakutan hanya akan menyebabkan anda semakin tertekan. Malah ia merupakan punce utama kesakitan yang dialami.

Apabila anda takut, tubuh memegang dan mengatur diri untuk 'berlawan'. Tubuh akan mengutamakan organ pertahanan dan mengalirkan darah serta oksigen daripada oegan pertahanan yang tidak penting seperti rahim. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan otot-otot kelahiran tidak mampu berfungsi secacra normal sehingga menjurus kepada kesakitan dan ketidakselesaan yang lebih teruk.

Singkirkan ketakutan
...
Pernafasan menggunakan abdomen dalam membolehkan anda kekel relaks, tenang dan selesa. Teknik pernafasan yang sama direka bagi menggalakkan pembukaan serviks. Dengan itu, tempoh proses kelahran dapat dipendekkan. Malah anda tidak perlu bersusah payah meneran secara paksa kerana bayi akan meluncur keluar dengan mudah sebaik tiba masanya.

Kebanyakkan wanita yang mengamalkan hynobirthing tidak memerlukan bantuan ubat penahan sakit atau bius kerana proses kelahiran yang dilalui juga adalah terkawal. Mereka juga tidak perlu berdepan dengan sebarang kesan samoingan akibat penggunaan ubat penahan sakit yang mengandungi dadah. Jadi mereka tidak mempunyai masalah untuk menjalinkan hubungan dan menyusukan beyi sejurus selepas kelahiran, semuanya hasil daripada ketenangan dan keyakinan diri.

Dengan menggunakan gerak hati, anda dapat menuruti tubuh dan bayi. Anda dengan sendirinya akan mengubah posisi berdasarkan kepada petunjuk (kesakitan atau ketidakselesaan) yang diperoleh daripada tubuh atau bayi untuk kekal tenang dan selesa. Hakikatnya, anda lebih bertenaga dan mempunyai keyakinan tinggi untuk meneruskan proses kelahiran.

Apabila ada menggunakan proses kelahiran dan teknik bernafas yang membantu mengeluarkan bayi secara lembut, pembukaan faraj turut berlaku dalam keadaan tenang yang secara tidak langsung dapat mengelakkan koyakan dan mengurangkan trauma pada perinium. Malah, ramai ibu baru pertama kali melahirkan bayi mengakui perinium mereka berada dalam keadaan baik selepas kelahiran!
........

...Hormon endorfin yang dihasilkan secara semula jadi ketika anda dalam keadaan tenang berfungsi 200 kali lebih kuat berbanding penggunaan morfin, sekaligus menggantikan hormon stress yang menyebabkan kesakitan...

~Wartawan-Intan Jastina Jamaluddin, Pa&Ma October 2009~
Akhirnya berjaya juga mama menunaikan 'janji maya' mama dgn kengkawan...hehehe..Selamat melahirkan anak! Relax and Yakin diri..caiyok!!!

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

::: Corat.CorEt.90home ::: Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates