Mama ada copy artikel ttg hynobirthing dari Pa&Ma..Mama ada 'perjanjian maya' ngan kengkawan yg belom mama tunaikan...
Menerusi kelahiran yang tenang, tiada tekanan dan tanpa bantuan perubatan, bayi yang lahir turut tenang. Dia lebih riang, mudah menyusu dan tidur.Bukanka seronok melalui kelahiran begitu? ***,pendidik kelahiran Hynobirthing berkongsi teknik penenang diri dengan wartawan ***....Akhirnya berjaya juga mama menunaikan 'janji maya' mama dgn kengkawan...hehehe..Selamat melahirkan anak! Relax and Yakin diri..caiyok!!!
Hynobirthing Bersalin tanpa bantuan Epidural
Seringkali pengalaman melairkan negatif kala melahirkan bayi menjadi topik hangat di kalangan wanita baru lepas bersalin. Masing-masing sibuk mendedahkan pengalaman negatif malah situasi kecemasan yang dialami. Mereka seolah-olah percaya kesakitan dan kerumitan tersebut berkait rapat dengan proses kelahiran. Malangnya, perbincangan sebegini menjurus kepada peningkatan jumlah wanita menjadi takut bersalin.
Perlu anda tahu! Ketakutan melampau ini menyebabkan tubuh mengalami tegangan sekaligus menghalang keupayaan anda untuk melahirkan beyi secara normal. Akhirnya ketakutan menjadi punca anda perlu melalui proses kelahiran yang panjang, penh kesakitandan sering kali menimbulkan kekecewaan.
Sebelum hynobirthing wujud, kelahiran yang tenang dan selamat seakan-akan sukar dicapai. Mujurlah program ringkas ini dapat mendidik anda melakukan 'pukau' (hynosis) ke atas diri sendiri supaya emosi yang diselubungi maklumat salah tentang kelahiran dapat dilepaskan. Pada masa yang sama, program ini dapat membantu anda melahirkan kelahiran dar perspektif yang jauh berbeza seperti yang dikhabarkan.
Falsafah hynobirthing muncul daripada pemahaman bahawa kelahiran tidak seharusnya bermula dengan situasi yang menyakitkan. Tubuh setiap wanita terutamanya otot rahim sememangnya dicipta untuk bekerja dengan baik ketika proses kelahiran. Sehubungan itu, setiap wanita sebenarnya memiliki kearifan terpendam untuk melahirkan bayi secara semula jadi. Bagi mengecap kearifan itu, anda perlu menuruti tubuh dan bayi. Anda perlu sentiasa tenang, yakin dan bebaskan diri daripada secara ketakutan. Percayalah, ketakutan hanya akan menyebabkan anda semakin tertekan. Malah ia merupakan punce utama kesakitan yang dialami.
Apabila anda takut, tubuh memegang dan mengatur diri untuk 'berlawan'. Tubuh akan mengutamakan organ pertahanan dan mengalirkan darah serta oksigen daripada oegan pertahanan yang tidak penting seperti rahim. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan otot-otot kelahiran tidak mampu berfungsi secacra normal sehingga menjurus kepada kesakitan dan ketidakselesaan yang lebih teruk.
Singkirkan ketakutan
...Pernafasan menggunakan abdomen dalam membolehkan anda kekel relaks, tenang dan selesa. Teknik pernafasan yang sama direka bagi menggalakkan pembukaan serviks. Dengan itu, tempoh proses kelahran dapat dipendekkan. Malah anda tidak perlu bersusah payah meneran secara paksa kerana bayi akan meluncur keluar dengan mudah sebaik tiba masanya.
Kebanyakkan wanita yang mengamalkan hynobirthing tidak memerlukan bantuan ubat penahan sakit atau bius kerana proses kelahiran yang dilalui juga adalah terkawal. Mereka juga tidak perlu berdepan dengan sebarang kesan samoingan akibat penggunaan ubat penahan sakit yang mengandungi dadah. Jadi mereka tidak mempunyai masalah untuk menjalinkan hubungan dan menyusukan beyi sejurus selepas kelahiran, semuanya hasil daripada ketenangan dan keyakinan diri.
Dengan menggunakan gerak hati, anda dapat menuruti tubuh dan bayi. Anda dengan sendirinya akan mengubah posisi berdasarkan kepada petunjuk (kesakitan atau ketidakselesaan) yang diperoleh daripada tubuh atau bayi untuk kekal tenang dan selesa. Hakikatnya, anda lebih bertenaga dan mempunyai keyakinan tinggi untuk meneruskan proses kelahiran.
Apabila ada menggunakan proses kelahiran dan teknik bernafas yang membantu mengeluarkan bayi secara lembut, pembukaan faraj turut berlaku dalam keadaan tenang yang secara tidak langsung dapat mengelakkan koyakan dan mengurangkan trauma pada perinium. Malah, ramai ibu baru pertama kali melahirkan bayi mengakui perinium mereka berada dalam keadaan baik selepas kelahiran!
........
...Hormon endorfin yang dihasilkan secara semula jadi ketika anda dalam keadaan tenang berfungsi 200 kali lebih kuat berbanding penggunaan morfin, sekaligus menggantikan hormon stress yang menyebabkan kesakitan...
~Wartawan-Intan Jastina Jamaluddin, Pa&Ma October 2009~