meh click sini...

Friday, December 16, 2011

. . : : kejutan : : . .

,
Sehari sebelum my 6th anniversary,
satu berita yang tidak disangka2..
diterima..

My lead engineer said,
" So Nurul, next week we need to go to Sejingkat...
for 2 weeks..
...outage...
we try our best to finish up our work as much as we can here.."
sehari sebelum nak celebrate aniversary??
Oh tidak!

Kejutan untuk Anniversarykah itu?

yang pasti ..
saya harus stay back di office dan obviously berkampung di office
 di kala
semua orang bercuti di rumah..
Cuti 3 hari..mestilah best..
segala plan saya bersama keluarga dikorbankan..
Maafkan mama .. anak-anak..

untuk cik asben..
maaf juga dan terima kasih kerana memahami
tugas isterimu..

Saya akan berada di Sejingkat Power Plant selama 2minggu untuk rehabilitation equipment.

Thursday, December 15, 2011

. . : : We're what we THINK We're : : . .

,
Klik "Share"-Tips4Sukses: Apa yang kita PERCAYA / KEPERCAYAAN kita adalah lebih kuat mempengaruhi hasil hidup kita drpd apa yg kita impikan, harapkan atau bayangkan! Kita adalah apa yang kita fikirkan! Jika fikir, hidup ni perlu hidup miskin then itulah hasilnya. Jika kita fikir kita perlu hidup berjaya dunia akhirat, Insya-Allah itulah hasilnya! -DAO

Monday, December 12, 2011

. . : Sharing is Caring : . . Hubungan Suami Isteri - Ustaz Kazim Elias

,
Sharing is Caring... It's good for us...^_^!

Sunday, December 11, 2011

. . : : Ia adalah anniversary kami : : . .

,
Tanggal 9 Disember 2005..hari Jumaat...
Pernikahan kami telah berlangsung di rumah saya
(Muar, Johor)

"Aku terima nikahnya Nurulhuda Binti Md Amin ...."
dam pada jam 4ptg , saya sah menjadi isteri kepada Mohd Farizal B Abu Bakar
.
.
.
.
.
dan itulah momment yg paling indah dalam hidup saya..
....

..

.

6 tahun lalu..pada hari yang sama...
Ya hari Jumaat yang indah itu..

"Selamat Hari Ulangtahun yang ke-6..En Asben"
6tahun bersama 3org anak lelaki yang comel..

terima kasih Allah atas kurniaanMu kepada ku..
Barakallah ..





Saturday, December 10, 2011

. . : : Kalaulah : : . .

,








Hidup ini jangan dipenuhi dengan "kalaulah" atau "Kalaulah aku dulu" atau "Kalau aku tahu" Tidak ada "kalau" untuk perkara yang dah lepas. Itu namanya qada' dan qadar, itu

namanya takdir. Kita tidak boleh merubah masa dahulu sebab itu jangan cakap "kau pergi dulu.."cuba cakap"sekarang". "Sekarang" mampu merubah masa depan. Perubahan "sekarang"mampu memperbaiki masa lepas.

Thursday, December 8, 2011

Surah Yasin by Sudais

,
Ingin share link surah yassin disini...


Saya masih di office...
membaca surah yassin melalui youtube sahaja hari ini..
sambil mendengar..
sambil buat kerja..

Wednesday, December 7, 2011

. . : : Bayi Bermuka 2 : : . .

,



Gambar: BAYI ini yang dilahirkan Khamis lalu mempunyai dua hidung, dua pasang mata, dua pasang bibir.

 Rawalpindi: Seorang bayi dengan dua muka dilahirkan di Holy Family Hospital (HFH) Khamis lalu.

Bayi itu yang seberat 3.2 kilogram, menghidap keadaan yang jarang berlaku yang dikenali sebagai salinan kraniofacial iaitu satu kepala dengan dua muka.

Kecuali telinga, bayi itu memiliki dua hidung, dua pasang bibir dengan sumbing pada bahagian atas bibir kanan dan dua pasang mata.

Bercakap kepada akhbar The nation, pakar perubatan di HFH, Dr Nasira berkata, kemungkinan bayi itu untuk hidup lebih lama adalah terlalu tipis.

“Kami tidak menaruh harapan mengenai hayatnya,” katanya.

Menurut Nasira, keadaan bayi itu tidak sama seperti kembar siam yang boleh dipisahkan menerusi pembedahan.

“Pembedahan tidak mungkin dapat dilakukan kerana kedua-dua mukanya bercantum begitu rapat,” kata pakar itu.

Nasira berkata, bayi itu dilahirkan menerusi proses biasa dan si ibu masih berada di bilik bersalin untuk menjalani rawatan.

Menurut doktor bertugas di Bilik Bersalin, keadaan ibu bayi itu, Shahida Perven stabil. Dia bagaimanapun kelihatan bimbang dan tidak banyak bercakap.

Shahida dibawa ke HFH dari Palandri, sebuah daerah di Azad Jammu dan Kashmir (AJK) beberapa hari sebelum melahirkan bayi dua muka itu.

Wanita itu mempunyai dua anak yang normal sebelum ini.

Suaminya, Khalil Ahmed bekerja sebagai buruh.

Kelahiran bayi dengan dua muka itu mencetuskan sensasi di bandar berkenaan menyebabkan sejumlah besar penduduk, termasuk wanita, kanak-kanak dan orang tua bekerumun di Jabatan Kanak-Kanak untuk melihatnya.

Kesesakan yang berlaku menyebabkan pihak hospital terpaksa meminta bantuan polis bagi mengawal orang ramai. - Agensi




. . : : Slides...: : . .

,
Tgh hari itu
kami ke Tesco Extra Selayang...
setelah setengah hari kami di office cik asben...

Berbelanja bekalan rumah...
sambil niat di hati..
nak belikan kanak-kanak 3 orang nie
kolam renang yang kecik..
since kolam dorang dah tak muat lagi...
dan dah agak rosak
(mana taknya dimasukkan sekali basikal dalam tu...untuk basuh!!!
marah amatlah mama dia @#$#&$&##%)


hehehe..
then, biasalah bila dah ada 2nd thought ni..
payah lerrr
hehehe ^__^!


sbb saya ada plan nk masuk kan dorang swimming class
so..
cam rugi jer ...


last2 saya belikan kanak-kanak 3 orang nie
Water slide...


Si abang, Fariz merajuk..
tak challenge lah tu konon..
(cesss...sekali tengok dia yang over main)


Meh tgk gelagat dorang kat bawah nie...


(RALAT:sorry tentang gambar yg agak tak terurus ni..tak tahu kenapa bila upload gambar tak rotate pulak)

Fariz yang merajuk (konon) dengan Farihin...Yeah..kasik langgar sama dia...







Sian Farhan tak der Swimsuit...tapi slide tetap slide kan A'an??

Tergolek-golek kanak-kanak 3 orang nie...

Dah tak kira dah.Main Air punya pasal..terlanggar ke tertendang ke..semua dah tak sakit dah..

Yeah...Farihin kasik hempap Fariz....

Taaarik....Taaarik....

Mama...abang letih....mama...

Kami dah letih....

Farhan...Pressure Air tak kuat nie...Macam mana saya nak buat yer??
Ermmm, A'an tekan kat sebelah sini...haaaa baru air pancut kuat!!!

Brrrrrr ....bernafas dalam air ke Farhan???
Dan malam tu kanak-kanak ini solat berjemaah dalam gaya tersendiri...
Janji solat yer anak-anak..


Semoga anak-anak mama menjadi anak yang soleh dan boleh menjadi pemimpin keluarga @least yang adil dan penuh ilmu di dada,  ...


InsyaAllah..


Yang warna biru tu Farhan...Tak boleh nak amik gambar Farhan...asyik bergerak2 jer..

. . : : Wordless Wednesday: Sichi..Loro..T*T*k..! : : .

,
Selalunya bila berada di dalam kereta...
Saya memang suka bernyanyi bersama
depa nie..

Last week 
saya dapat idea untuk ajar dorang 
mengira dalam bahasa Jawa..

Yessss saya orang Jawa..
muahahaha

tapi tak der ler pandai mana pun berbahasa jawa..
So saya pun ajar dorang nie...

Sichi, Loro, Telu, 
Papat, Limo,
Nanam, Pithu, Wolu,
Songo, Sepuluh(ada yg cakap wasentek..)

Waaaahhh sangat bersemangat sumer orang belajar..
melekek2 gelak..

Lagi Mama..Lagi...
Cakaplah laju-laju...
saya pun ajar lagi...
amboiii sukanya semua orang....
hahaha

Nak dijadikan cerita,
sampailah kami di SAF...
festival yang saya ceritakan dulu tu...

Kitorang pergilah makan..
Fariz pun excited..
sambil berjalan dia pun mengira dalam bahasa jawa itew....
waaaahhh terang betul hati anak mama nie!
dan saya masih tidak perasan...

sehinggalah cik asben tegur,
tak dengar ke apa yg dia cakap..
saya kata taklah...
apa nya???

Rupa-rupa 
Fariz mengira
Sichi..Loro..
T*T*k..!!!!!!!

Aduh malunya saya...
huhuhuuhuuhu

Saya terus panggil Fariz berbisik di telinganya,
"abang...abang tak boleh sebut T*T*K depan orang,
Malu!!!!! ok? "

Dan alhamdulillah Fariz paham..
dan terus dia diam..

Tuesday, December 6, 2011

. . : : Sharing is Caring : : . .

,

. . : : Renungan : : . .

,
‎* Rasulullah s.a.w bersabda: Tidakkah kamu lihat apabila seorang manusia mati, matanya terbeliak ke atas? Jawab mereka: Ya kami melihatnya, ya Rasulullah. Sabda baginda lagi: Hal 
itu terjadi kerana penglihatannya mengikut rohnya ketika roh itu pergi. (H.R. Muslim)

Monday, December 5, 2011

. . : : Ini orang aaaa : : . .

,
Budak ini  ...



Nama dia Farhan...





Susah nak dengar dia bersuara....
Senyap jer....
....

...

..

.
Saja nak menguji tahap kecekapan mata korang..ahaks




Tapi apa yang telah dia buat???!!!!!!
(Ohh abaikan pemandangan di bahagian belakang itu ya!)





Hasil kerja yang sangat kreatif di tali pinggang cik asben!!!
Wallaweihhhh!!!

 




Sangat kreatif sekali....
Anak saya ini kan????


. . : : Giveaway Result:AyuKhairy 5th Anniversaty

,

Guess what???

Saya terpilih sebagai one of the winner for AyuKhairy's blog - Bila Cinta bersatu



Saya tak dapat voucher kain songket =( ...
tapi tak per..
saya dapat buku!!!!!
wowowowo
"Awak Suka saya tak? "

meh saya jawab...
"saya saaaanngggaaattt suka awak..buku!"
i luve to read!

Best best..


Actually saya memang sangat suka
buat slide2 mcm nie...
require me to think differently..
huhuhu

Anyway, to Ayu..

Terima kasih kerana memilih saya sebagai pemenang....
Congrats to Kak nida juga...


. . : : 3Fs & Arnab-Part II : : . .

,
Dan kami ke sini lagi ..semalam..
hahaha

nampaknya anak2 saya masih tak puas bermain dengan rabbits..

Kali ni Farhan pun sama2 turut 'memeriahkan'
keadaan..

Jom kita tgk apa gelagat 3Fs..












...
..
.

Ini cuma pendapat saya...
Ada sesetengah parents..melarang anak2 dari bermain permainan atau bergelumang dengan
perkara2 macam nie..contoh bermain dgn binatang sbb busuk atau geli... (terkecuali kepada anak2 yang menghadapi athma atau allergic) .... tapi pada saya ini adalah satu cara untuk anak2 ini belajar..
explore to nature..knowing the nature..
Dulu..kita bermain dalam parit..tangkap ikan....
main cap teh...
kita sangat kreatif kan?
tapi sekarang...
disebabkan tuntutan kerja..
berada di kota metropolitan..
kita kene consider tentang keselamatan anak2..
jadi anak2 duduk dlm rumah jer..
duduk depan tv..tgk cartoon..
setuju tak?

pandai multimedia...
mungkin by nature..ada yang dilahirkan kreatif..
tapi pada certain anak2...
naturally they need to be closed to nature
in order to appreciate the nature..
...
..
.

Hahaha..dah melalut sikit dah saya...

Sunday, December 4, 2011

. . : Akhirnya .. : : . .

,
Kesibukkan bukan satu alasan untuk
tidak memasak...betul tak?

Tapi serius..
boleyh kira pakai jari tangan jer berapa kali
saya masak untuk tahun 2011 yang bakal
'bye-bye' tak lama lagi nie...


akhirnya harini ...
4 Dec 2011 (041211)
saya memasak untuk keluarga..
bahagianya..
dah lama tak rasa perasaan nie..
serius ...

So apa yang saya masak????

3 jenis menu jer yang sempat masakkkk...huhuhu




Main Dish - Sup tulang
   

Sayur goreng campur ter'overcooked'-Kacang hijau+jagung muda+cendawan

Ikan pekasam dgn petai - Ini sebenarnya pembuka selera.. ^__^!
 
Cik asben seperti biasa tugasnya buat air..
Kalau dia buat air mesti best...
apa2 jenis air pun...
tak payah rasa..

dia bau jer air tu
dia dah tahu cukup manis ke tak..
terrer kan?

( teringat masa jual air kat bazaar ramadhan tahun nie...hehehehe =P )

. . : : 3Fs & Arnab-Part I : :

,
R.a.b.b.i.t?
Cute kan?
Serius saya mmg suka binatang..
Dan saya memang lega ..gembira ..bila anak2 pun turut share
perasaan..minat yang sama..



Kebetulan Jumaat lepas kami berkesempatan ke SAF-Selangor AgroFest2011..
Malam lepas kerja, saya dari office ..
cik asben n 3Fs dari rumah..

Nak dijadikan cerita malam tu hujan lebat,
so kami menghabiskan masa di Taman Arnab Bukit Badong..

Puas depa dapat main dengan rabbits..

Meh kita tgk gambar jerlah yer...
..
.

 
Jemput ke Taman Arnab Bukit Badong... Lokasi sebenar kat Btg Berjuntai, Selangor


Cara memegang arnab yang salah..

Cara memegang arnab yang betul..macam nie...
Fariz n Farihin sedang diajar cara pegang arnab...uihhh...
Puas hati dapat pegang rabbit..tolong tangkap masuk dlm cage..
Kejerlah anak rabbit tu...Mainlah sampai puas...
Balik nanti kita mandi and salin baju tidur lain...=)

Farhan kurang aktif malam tu...dah mengantuk ... berdukung jer dgn cik asben,
Hi cat..sian kener kurung..

Ermmm mafla saya jadik kain gendung Farhan....
Farhan yang mengantuk...

Kami puas.....Mama,Fariz,Farihin & Farhan...
















Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

::: Corat.CorEt.90home ::: Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates