meh click sini...

Wednesday, September 14, 2011

Saya merapu...

,
Harini terpanggil saya untuk menulis di blog .. Melayan mata tidak dapat dilelapkan.

Hati kecewa kerana niat di hati untuk menghabiskan sisa kerja2 pejabat di rumah tidak kesampaian  dek kerana 'tikus' saya tertinggal di office. Harapan saya biarlah saya pergi dengan nama yang baik dan tak der backlog work for my ex-collegues. Coz I know what's the feeling to continue others work...It so troublesome ok!

Kerja dan kerja dan kerja....saya selalu terfikir dan berfikir... Apa motif kita bekerja?Apa tujuannya? Saya ingat pesan abah ..hampir saban tahun (definitely time raya baru abah akan keluarkan watikah dan nasihat yang panjang lebar...hehe) dan inilah nasihatnya pada saya..Huda, setiap kali melangkah kaki keluar dari rumah, niatlah..berdoalah..

 'Ya Allah, ko berkatilah pekerjaanku ini. Sesungguhnya aku mencari rezeki yang halal untuk ku dan keluargaku. Hindarkanlah aku dari pekerjaan/perbuatan yang sia-sia'

Motif kita bekerja semestinya untuk mencari rezeki yang halal untuk diri sendiri (masa bujang) kemudiannya bila berkeluarga dan mempunyai anak, tentunya yang akan sentiasa bermain di fikiran dan hati. Anakku. Mencari rezeki yang halal untuk anak2ku..Semoga dapat memberikan yang terbaik untuk anak, pendidikan yg bagus untuk anak, tempat tinggal yang selesa untuk anak..masa depan yang terjamin untuk anak.. semuanya anak..Dan tiba2 saya mula sedari..itulah yang abah selalu fikirkan untuk kami adik beradik..

Berbalik pada kerja..ya saya tak suka 'mencuci taik orang' (itulah phrase yang kami selalu gunakan di office bila bos handover kerja org lain kat kami) .. hahaha..Saya cuba untuk menyiapkan kerja2 saya yang tertangguh supaya tidak menyusahkan org di kemudian hari. Tapi maaf jika ianya tidak sempurna, I'm leaving the company with short time of notice. which I'm very sure that I couldn't finish all my work tip top... Apa kaitan motif kerja dengan menghabiskan kerja yang bersisa? hahaha bergantung pada niat kita kerana pilihan ada di tangan kita wether you want to leave the company with unfinished business or you chose to leaving the company with pride and dignity. Bekerja untuk mencari sesuap nasik yang halal adalah penting dan sangat dituntut.

Maaf jika coretan saya agak merapu..cuma curhat penulis sahaja..

0 comments to “Saya merapu...”

Post a Comment

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

::: Corat.CorEt.90home ::: Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates