1 Nov 2011
0600am - Pagi ini saya mulakan dengan mandi dan solat subuh.
Kemudian memanggil nurse yg bertugas untuk memasukkan antibiotik (augmentin 1.2g)
melalui drip air..
Saya perlu mengambil 3 kali antibiotik..
Harini saya akan membuat X-ray. Goosh..macam mana rasanya ek?
Jam 9pagi, porter datang untuk mengambil saya dan dibawa ke bilik X-ray.
Berdebar-debar..
Mula-mula muka saya didongakkan dan disuruh menganga luas-luas
untuk mendapatkan imej bahagian hidung ke dagu..
Kemudian muka saya ditundukkan sedikit dimana dahi rapat ke dinding
untuk mendapatkan imej bagi bahagian hidung ke atas..
Lepas tu, sudut tepi pulak. Pipi saya dirapatkan ke dinding Papan X-ray tu..
(I do not know what's the correct terms to use..heheh hantam sajerlah)
Gambar ihsan: Computerized radiography |
Itu saja...X-raynya..fuhhh lega.
So balik ke bilik..tapi sebab saya rasa dah sihat dan segar bugar..
Saya pun decide untuk jalan-jalan kat bawah...
tengok2 majalah..kot ada yang boleyh beli..
Tiba-tiba cik asben call bgtao yg encik doctor dan cik nurse dah
2kali carik saya dlm bilik.
Aiyomak...bergegaslah saya ke bilik.
Tapi Dr dah tak der...sudah turun ke kliniknya..
Tapi dia pesan kat cik nurse supaya
buat imbasan ct scan..
Mak aiihh..seriuos ke sakit ambo nie??!! sampai nak buat ct scan..Saya pergi juga buat..hati teruja..fikiran sentiasa merelatekan dengan cerita Dr House.
Mata melilau bila melalu ruang lengkungan bulat tu.
Oh macam nie rasanya...Tak rasa apa-apa!
Tapi dalam hati saya berdoa,
Ya Allah aku bersyukur kerana engkau masih menyanyangiku,
Aku bersyukur kerana kau memilihku,
Engkau masih mahu memberi dugaan kepada aku,
Sesungguhnya ku tahu tidak mudah untukku masuk ke syurgamu,
jika dibandingkan dengan kaum terdahulu..
tetapi ya Allah,
Dan aku percaya kau tidak akan memberiku ujian
yang tidak mampu untukku hadapi..
Jauhkanlah aku dari pernyakit2 yang kritikal ya Allah..
hambamu bermohon ..Amin!
Rasa takut tiba-tiba menyelubungi diri,
berapa banyak dosa yang sudah ku buat..
Arghhh..Sempatkah?
*******
Malam menjelang, encik Dr datang bersama cik Nurse.
membawa satu sampul besar yang saya pasti adalah keputusan dari CT scan dan X-ray
yang dah saya buat pagi tadi..
Ok Puan Nurulhuda,
I've detect what cause your prolong fever and especially your headache problem
Encik Dr pun mengeluarkan result..
dup dap dup dap....
As you see from the X-ray photos, you definitely have sinusitis.
Your left side is 90% full with pus which i believe causing the headache.
You ......... dan saya mendengar terus penerangan dari encik Dr...sehinggalah..
Untuk mencegah, kita perlu lakukan surgery..
Izit minor surgery?
I'd say Intermediate surgery. The
is a surgery to treat nose and sinuses.
Esok saya akan refer awak ke ENT Speacialist.
Gambar Ihsan. Bukan rangka muka makcik. But it has similar case to mine. This is how doctor knows about the pus. Left side of the nose is full with pus which need to be suck out during the surgery.. |