Tahu tak sebenarnya usus bayi di bawah umur sebulan ni macam
jaring. Ia menyerap apa saja yang melaluinya termasuklah segala
kuman dan bacteria; baik ke jahat semua pun dia sapu.
Yang bahayanya, ia mudah bocor! Hanya satu cara saja untuk
'menampal' jaring-jaring itu & mengelakkan kebocoran.
Susu Ibu!
Susu ibu mengandungi "sIgA" yang boleh melapisi usus bayi baru
lahir ni sampailah ususnya matang.
Kemudian ia menyediakan "pH" atau tahap keasidan yang optimum dalam
usus untuk pembiakan bakteria baik spt "Lactobacillus bifidus" yg
dapat hidup dengan aman tanpa gangguan bakteria jahat.
Mesti anda pernah dengar nama "Bifidus" dalam satu iklan susu
formula kan? Itu kita tak tahu bagaimana dia formulasikan bifidus
tu, tapi dengan susu ibu, bifidus yang asli dan tulen sahaja
diterima!
Yang bertugas menghalang penjajahan bakteria jahat tu pula namanya
"Oligosakarida" dalam susu ibu. Mesti anda pernah dengar juga nama
Oligo.. Oligo ni kan.
Jika anda memberinya formula, maka hilanglah lapisan perlindungan
dalam ususnya. Tentunya kita tak mahu beri yang second best kepada
anak kesayangan kita kan?
20th Anniversary & Pelan cuti sekolah
-
Last 30/4/25 merupakan tarikh ulangtahun perkahwinan aku & en papa yang ke
20 tahun.
Kami dulu nikah gantung,majlis besarnya bulan 8
Reasonnya bernikah awal...
1 week ago