meh click sini...

Thursday, April 1, 2010

Tapi,kenapa Hardcore Breastfeeder??

,
Penyusuan ibu atau breastfeeding adalah perkara fitrah yang
melengkapkan 'kitar hidup' seorang ibu. Dari proses mengandung,
melahirkan dan menyusu, hinggalah proses cerai susu
sebagaimana disebut dalam Surah al-Ahqaf ayat 15

"..ibunya mengandungkannya dengan susah payah dan melahirkannya
dengan susah payah. Dan tempoh mengandung sampai menyapihnya ialah
30 bulan".

Di sebut dalam ayat itu adalah 'mengandung' dan 'menyapih', jadi
nyatalah bahawa penyusuan itu termasuk dalam life cycle seorang ibu
terhadap bayi. Bayi ye, bukan anak, sebab tanggungjawab ibu kat
anak tu tak sudah-sudah.

Malah, kalau ikut Polisi Penyusuan Ibu Kebangsaan, seorang bayi
hendaklah disusukan secara ekslusif (tak bagi benda lain even air
masak sekalipun) sekurang-kurangnya 6 bulan pertama.

Lagipun, kita tergolong dalam kumpulan mamalia yang melahirkan dan
menyusukan anak. Kucing, kerbau, kambing, malah platipus dan ikan
paus pun menyusukan anak mereka. Cuma manusia je yang ada pilihan
samada nak breastfeed atau bagi susu lain.

Jadi, marilah kembali kepada fitrah agar anak-anak kita membesar
dengan super sihat

0 comments to “Tapi,kenapa Hardcore Breastfeeder??”

Post a Comment

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

::: Corat.CorEt.90home ::: Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates