Dilema ni selalu menghantui ibu-ibu terutama ibu bekerja. Tak usah kata yang bekerja, yang tak kerja pun kadang-kadang terlintas perkara ni.
Terutama kalau baru je beranak 8 jam yang lepas.
Jangan risau kalau bayi tak berhenti menangis selepas bersalin. Dia bukan tak cukup susu tapi tak cukup hangat!
Tetapi jika dah BF selama 2-3 bulan dan mengalami masalah kekurangan susu, jangan risau. Banyak cara penyelesaiannya.Yang penting,, kena tahu konsep BF iaitu demand vs. supply.Walau apa pun petua yang diamalkan, MESTI kerapkan menyusu dan mengepam.
Di sini mama ingin berkongsi tips-tips membanyakkan susu yang selama ni..
1. Bebaskan diri dari stress!
Kadang-kadang bukan je stress bekerja atau stress jaga anak, kurang susu pun boleh buat stress melampau. Jadi jangan fikirkan tentang susu anda kurang atau anda tiada susu. Fikirkan macamana nak banyakkannya. Pastikan anda dapat rehat yang cukup!
2. Jangan lupa minum air!
Anda tak perlu minum 5 gelen sehari. Tapi jangan kurang dari 8 gelas sehari. Tapi ibu BF biasanya cepat haus dan lapar. Jadi, rasanya tak ada masalah tentang ni.
3. Ambil makanan penambah susu.
Tak perlu beli herba yang mahal-mahal. Cukup dengan apa yang ada di dapur anda seperti sayuran hijau, halba dan bawang putih.
4. Berurut.
Selain dari melancarkan urat susu, urutan badan juga memberikan kesegaran kepada badan. So, badan pun rasa sedap je.
Kalau susu anda banyak sangat sampai melimpah, jangan pula jadikan tu masalah! Bagus kan susu banyak? Dah banyak tu jangan lupa buat stok ya!
TIPS MENUNAIKAN UMRAH DARI 1ST TIMER
-
Setelah beberapa bulan aku menghilangkan diri
Hari ni ntah hantu raya mana yang merasuk
Aku kembali ke blog picisan ini
2 tahun lepas to be exact pasca pand...
2 days ago
Salam kenal...stress masalah utama susu kurang...setuju sgt.. ;)
memang memang..kadang2 susah nk manage....hehehe...tp demi anak..kener wat derk jer dgn 'cik' stress nie..hehehe