meh click sini...

Saturday, April 3, 2010

Tolong...tolong...nipple saya cracked....

,
Cemaner kita nak buat kalau nipple kita cracked ek?Ermm nie mama nak share sikit..


Puting luka, puting melecet atau cracked nipple adalah masalah yang paling-paling-paling normal kalau kita mula-mula nak breastfeed.

Macam-macamlah orang kata, nipple nak bersalin kulitlah, sebab baby gigitlah.. dsb. Tak kira lah apa pun, jangan terkejut kalau dalam minggu pertama tu ... tak boleh pakai bra !sebab puting melecet. Mama pun pernah alami, adoiii sakitnya tu sampai menitis lah air mata..kalau nak sua kat mulut Farhan tu...pejam mata beb!

Tapi jangan ambil mudah!!!

Sebab benda utama yang mengakibatkan puting luka ni ialah kedudukan baby, iaitu cara dia "latch on". Kalau baby latch tak betul, bukan je puting kita sakit, tapi baby pun tak dapat susu yang sepatutnya. Sebab dia patut latch di "aerola", bukan puting.

Apa nak kena buat kalau nipple luka ni?

Kita kena periksa kedudukan bayi dan cara dia latch. Kalau tak pasti minta tolong jurarawat laktasi/LC di hospital berdekatan.

Kalau kita tinggal berdekatan dengan LC yang glamer, Pn Kamariah atau Pn Rita (mereka kolumnis dalam majalah Pa&Ma...peramah orangnya..mama pernah jumpa jugak mereka nie..) kita boleh dapatkan khidmat mereka. Mintak mereka periksa kedudukan bayi kita..

Kalau tak, lakukan ini untuk penyelesaian segera:

1. Tukar position setiap kali feeding. Tukar-tukar dari "cradle hold" ke "cross-cradle", ke "football hold" dan sebagainya.

2. Sapukan air susu di puting kita dan biarkan "air dry". Air susu ni banyak gunanya tau!

3. Gunakan krim untuk puting luka yang terdapat di pasaran. Yang paling berkesan dan ekonomi pernah mama cuba "Bepanthen", kerana ia juga boleh digunakan untuk ruam bayi!

4. Pakai "breast shell" sebelum memakai bra supaya nipple tak bergesel dengan bra.

5. Perah sedikit susu sebelum memberi kepada bayi untuk mendapatkan let-down dan bebe tak perlu menghisap dengan kuat untuk let-down.

0 comments to “Tolong...tolong...nipple saya cracked....”

Post a Comment

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

::: Corat.CorEt.90home ::: Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates