meh click sini...

Friday, April 16, 2010

Mohon Ihsan...

,
Saya  Rohaiza  Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar.Tujuan  saya  menulis  email  ini  ialah  untuk  memohon belas kasihan dari pembaca  kerana  anak  kedua  saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika  bersalin,  anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40minit  sebelum  saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.

Apabila  doctor  scan  (MRI)  otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya  terencat  akal  kerana  sel-sel  otak  telah  mati  kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.

Kaki  bagaikan  tidak  jejak  ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi.  Hampir  3  minggu  saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor  terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya  iaitu  anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka  terencat  akal.  Tetapi  kuasa  Allah  mengatasi segalanya dan anak mereka  alhamdulillah  sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan  menasihati  saya  agar  perbanyakkan  solat  hajat,  baca yassin dan bersedekah.  Alhamdulillah.  Saya  melakukan  semua  nasihat  yang  mereka berikan.  Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh  menghisap  dan  menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus  ke  perut.  Suction  machine  pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2  minggu  lepas  anak  dimasukkan  ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2.  Ketika  itu  keadaan  anak  terlalu  lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.

Sekali  lagi  anak  saya  diduga  iaitu  selepas  3 hari kaki anak bengkak. Apabila  doctor  buat  x-ray,rupanya  kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya  Allah  tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen. Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar  ujian  untuk  anak  saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian  yang  maha-maha  besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah
menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan  masa  untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.

Andainya  terlalu  berat  permintaan  saya,  bacakanlah  Al-Fatihah.  Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya  sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya.Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah
yang mampu membalas budi kalian.

Saya  juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian  agar  dapat  membantu  anak  saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu  kecil  untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan  ilmu..emailkanlah  kepada  saya  rozex_3056@yahoo. com.my. Di sini saya
sertakan  panduan  sembahyang  hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika  ingin  memohon  sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

 Solat Hajat


   1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.
   2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x,
      dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
   3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat
      kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.


Ayat Kursi


       Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu
      sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man
      dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa
      bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm
      min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati
      wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.



Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.

Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.

Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.

Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atasujian yang diberikan. Saya redha.

Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.

Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat
fardu dan solat hajat.

Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.

2 comments to “Mohon Ihsan...”

  • April 18, 2010 at 11:52 PM
    Unknown says:

    Sedihnya.. semoga Allah memberikan banyak pahala dan kekuatan buat si ibu..

    Buat anak kecil.. Kuatkan semangatmu.. Semoga Allah akan memberikan balasan yang setimpal dengan dugaan yang engkau hadapi.. :(

  • April 22, 2010 at 6:28 AM
    Nurulhuda says:

    Thank you..Lin....

    Sedih bila kenangkan baby hana nie...

Post a Comment

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

::: Corat.CorEt.90home ::: Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates