meh click sini...

Friday, April 16, 2010

Mohon Ihsan...

,
Saya  Rohaiza  Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar.Tujuan  saya  menulis  email  ini  ialah  untuk  memohon belas kasihan dari pembaca  kerana  anak  kedua  saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika  bersalin,  anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40minit  sebelum  saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.

Apabila  doctor  scan  (MRI)  otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya  terencat  akal  kerana  sel-sel  otak  telah  mati  kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.

Kaki  bagaikan  tidak  jejak  ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi.  Hampir  3  minggu  saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor  terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya  iaitu  anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka  terencat  akal.  Tetapi  kuasa  Allah  mengatasi segalanya dan anak mereka  alhamdulillah  sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan  menasihati  saya  agar  perbanyakkan  solat  hajat,  baca yassin dan bersedekah.  Alhamdulillah.  Saya  melakukan  semua  nasihat  yang  mereka berikan.  Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh  menghisap  dan  menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus  ke  perut.  Suction  machine  pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2  minggu  lepas  anak  dimasukkan  ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2.  Ketika  itu  keadaan  anak  terlalu  lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.

Sekali  lagi  anak  saya  diduga  iaitu  selepas  3 hari kaki anak bengkak. Apabila  doctor  buat  x-ray,rupanya  kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya  Allah  tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen. Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar  ujian  untuk  anak  saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian  yang  maha-maha  besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah
menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan  masa  untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.

Andainya  terlalu  berat  permintaan  saya,  bacakanlah  Al-Fatihah.  Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya  sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya.Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah
yang mampu membalas budi kalian.

Saya  juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian  agar  dapat  membantu  anak  saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu  kecil  untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan  ilmu..emailkanlah  kepada  saya  rozex_3056@yahoo. com.my. Di sini saya
sertakan  panduan  sembahyang  hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika  ingin  memohon  sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

 Solat Hajat


   1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.
   2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x,
      dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
   3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat
      kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.


Ayat Kursi


       Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu
      sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man
      dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa
      bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm
      min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati
      wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.



Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.

Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.

Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.

Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atasujian yang diberikan. Saya redha.

Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.

Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat
fardu dan solat hajat.

Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.

Tuesday, April 13, 2010

Spectra 3 to let go...

,
Hi kengkawan...

Saya ada Spectra 3 nak let go...Kenapa saya nak let go??
  1. kerana saya dah ada Medela FS..so saya amat jarang guna S3..
  2. Saya nak S3 nie berjasa dgn mommy lain pulak.
Kondisi Spectra saya macam maner?
  1. Baru sahaja lepas servis...Pam senyap.
  2. Spectra nie  saya beli pada tahun 2007. tapi saya cumer guna pada tahun 2010 ini.Dulu penyusuan saya tidak berjaya kerana lack of info..
  3. Untuk meggunakan pam nie..kener ader connector kerana corong salur adalah besar. Peringatan..saya hanya let go pam sahaja..Peralatan lain harus dibeli sendiri..Contohnya breast shield,tube and connector.
So to mommies...mungkin boleh sampaikan tentang let go product pada kawan-kawan yang amat memerlukan :)

Harga :RM200 sahaja..tapi masih boleh tawar menawar ^-^

Mama Merapu pagi2..hehehe

,
Pagi nie, mama mengantuk....huarrrgghhhh buruknya perangai kan..ekekekeke...Silap sendirik...semalam ber'fesbuk' sampai pukul 0230am...lamer tak jumpa kawan lamer...berborak lah kami via 'fesbuk' tu..borak2 punya borak..roper-ropernya...umah kami punyalah dekat!Mama duduk sg buloh, dia pulak duduk kat Batu Arang!Alahai...Imbaulah kami zaman ter'lampau' ketika kami mempunyai cita-cita bersama...hehehe..dulu kami merancang nak buker kedai craft bersama.. ^-^ cam tak cayer kan....Dek kerana kesibukan kerja..sumer cita-cita terkubur layu di tasik madu..hehehe lagu fauziah latif pulak...huhuhu

Sejak mama join 'fesbuk' nie...ramai kengkawan lamer yg mama jumper...Tapi kebanyakannya kawan Sek Men..seronok jumper balik sumer org..sumer muka dah lain..hehehe..tomei2...Entah kenapa mama cerita semuanya nie..Mungkin nak refresh balik memori lamer...sambil melayan mata yang mengantuk dek kerana tak cukup tidor malam tadi..hehehehe

Sebenarnya, untuk mencari teman yang benar memahami dan mahu menegur segala kesilapan kita dan mudah pula menerima kritikan kita..memang payah..Ada yang mudah menerima pujian..but hardly kritikan..mmg benar kata org teman ketika senang mudah dicari...Masa susah..perggghhh susahnya...Hahaha dunia kan..but for time being my bespren is my beloved hubby..muaaaahhh Farizal..his my love,my heart and soul, my pren .. a shoulder to cry on....aisehhh taouching lak...eheheh

Monday, April 12, 2010

Pumping Tips for Avent Isis User!!! For you My Cousin...

,

Mama dedicate this to my cousin...Maria Azwan..who's using Avent Isis..

Here's how I use my Isis (I also use a PIS at work & get the same amounts from both) (m)
Start of by using rapid gentle squeezes until my milk lets down. Once the milk starts spraying, do not keep squeezing the handle. Instead, squeeze and hold the handle (to the extent comfortable, you do not have to compress the handle all the way down if that is too much suction for you) for about 3-5 seconds. Then release to let the accumulated milk drain from the pump nozzle into the bottle. Then squeeze and hold again and repeat the process.
As I do this and notice the output declining I reposition the horn so that different milk sinuses are touched by the flange. Once flow decreases I also begin to do compressions starting waaaaaaay back on the breast, using the heel of my hand and pushing toward the nipple. That usually gets me pretty "empty." Of course, you can always get a little bit of milk out when you squeeze, but the full feeling is gone and I've got anywhere from 4 - 9oz pumped.
"Source I-Village"

Saturday, April 10, 2010

Carta tumbesaran bagi baby boy...

,
Aci tak mama nie...?hehehe mentang anak2 mama boy..so carta untuk boy jerk yg attach kat sini..kehkehkeh....tak adil btul kan...Graph nie sbg satu daripada perkara yang patut di'consider'....pelbagai faktor lain turut di ambil kira...contoh:-
  • What size are baby's parents? What were their growth patterns as babies? What about baby's siblings or other family members? Genetics plays a large part in baby's size, so don't ignore it.
  • Is baby gaining consistently, even if it's not on a curve?
  • Is baby meeting developmental milestones on or near target?
  • Is baby alert, happy, active?
  • Is baby showing other signs of adequate milk intake?
Errr nampak gaya farhan memang mengikut mama ngan ayahnya lah...ahanks....

Friday, April 9, 2010

Herba yang boleh mengurangkan susu badan

,
Mama terbaca didalam kellymom.com ..Harap boleh dimanfaatkan ...Petikan dari kellymom.com


Herbs that may decrease milk supply
Using large amounts of the following herbs and other natural remedies should be avoided while nursing because they have been known to decrease milk supply. The amounts of these herbs normally used in cooking are unlikely to be of concern; it's mainly the larger amounts that might be used therapeutically that could pose a problem. However, some moms have noticed a decrease in supply after eating things like dressing with lots of sage, sage tea (often recommended when moms are weaning), lots of strong peppermint candies or menthol cough drops, or other foods/teas with large amounts of the particular herb. These herbs are sometimes used by nursing mothers to treat oversupply, or when weaning.

  • Black Walnut
  • Chickweed
  • Herb Robert (Geranium robertianum)
  • Lemon Balm
  • Oregano
  • Parsley (Petroselinum crispum)
  • Peppermint (Mentha piperita)/Menthol
  • Periwinkle Herb (Vinca minor)
  • Sage (Salvia officinalis)
  • Sorrel (Rumex acetosa)
  • Spearmint
  • Thyme
  • Yarrow

Herbs that may be harmful to mom and/or baby
Other herbs should be avoided while nursing due to their potential for harming mom and/or baby. Here are a few herbs that are generally considered to be contraindicated for nursing mothers. This is by no means a complete list.
  • Bladderwrack
  • Buckthorn
  • Chaparral
  • Coltsfoot (Farfarae folium)
  • Dong Quai (Angelica Root)
  • Elecampane
  • Ephedra / Ephedra sinica / Ma Huang
  • Ginseng (Panax ginseng) 

Nanti mama updatekan list herba nie dalam bahasa melayu ek... Mama pun tak berapa tahu sangat
  • Indian Snakeroot
  • Kava-kava (piper methysticum)
  • Petasites root
  • Phen-fen, herbal
  • Rhubarb
  • Star anise
  • Tiratricol (TRIAC)
  • Uva Ursi
  • Wormwood 

Thursday, April 8, 2010

Makan besar..

,
Semalam ada group meeting untuk department kami..Group SCS,SIMs and HMI...Dah lamer tak der meeting nie...Sebelum meeting kami pergi makan2 kat Secret Recipe jer. Tapi since this under deparment budget..so kitorang pun order pelbagai jenis makanan..For me,mysef..I ordered Tomyam kung for starter..hahaha,then followed by Sherperd Pie, and my desert? Banana Choc. Cake..Yummy..Oh and also drink? Ice blended Chocs. hahaha badan kecik..makan banyak kan...Semua orang cakap benda yang sama..
Tapi mama tak kisah..Free kan...? Makanlah bagi licin....

There were several announcement masa makan tu..My collegues kumaran is getting married this June, Jegathesan is getting engaged wif my office mate this may..And also kak Ozen conceived another baby..Is a happy things..I am so bless to be among these people..Well lots of things happen around us..and I guess we need to appreciate every moments in our life...Oh Yeah...my boss, Vijay baru naik pangkat..as? New Father...hehehe..A father to a new baby boy...


Tengah tunggu makanan sampai..bergaya jap....

Tom Yam Kung..Yum yum..


Banana Chocs...


Alhamdulillah licin....brrrppp...

Lepas dah makan kenyang..sambung lak meeting petang tu sampai kul 16:30...adoiii...mata berat sangat...Pandai management kan..bagi makan kenyang-kenyang..lepas tu meeting...hahahaha

Radang Payudara (Mastitis)

,

Info ini mama copy&paste dari blog Umialya...amat berguna kepada mama....

Radang Payudara (Mastitis)

Aku 'up'kan  semula topik ni untuk mengingatkan kita semua supaya tidak alpa aktiviti mengepam setiap hari.
  
Gambar Hiasan

Inflamasi payudara, biasanya disebabkan oleh jangkitan bacteria melalui puting payudara yang cedera .(Mastitis kronik ialah payudara dirasai berketul akibat kehadiran sista-sista. Mastitis Akut timbul semasa tempoh meyusukan anak)
Rujukan: Kamus Jururawat terbitan Fajar Bakti

Mastitis adalah keradangan payudara yang mungkin (dan kadangkala cepat) menjadi infeksi. Ia akan membuat anda berasa seperti anda dijangkiti selesema pada masa-masa anda amat memerlukan seluruh tenaga anda. Anda akan mendapati keadaan radang, keras, sakit atau panas dan bengkak di kawasan yang dijangkiti. Selalunya ini dinamakan (duktus tersumbat) sebab terasa benjolan – disebabkan ketakungan susu dalam duktus buah dada.
Rujukan: Babycenter.com

Penyebab:-

Aliran susu terhenti dan tersumbat boleh berlaku jika:-.
  • Susu "mengundur kebelakang" sebab susu itu dihasilkan lebih cepat daripada ia mengalir keluar.
  1. Anak tidak mampu mengosongkan payudara sepenuhnya semasa menyusu
  2. Cara anak melekap ke dada semasa menyusu dimana susu tidak akan disedut keluar dengan efisien.
  3. Pembengkakan payu dara yang tidak menurun dan kembali normal 
  4. Bayi tidak menyusukan mengikut rutin terjadual  
  • Ibu trauma kepada payudara, yang mana akan menyebabkan stasis susu (serangan kuman) melarat
  • Bengkak susu tidak dirawat
  • Kulit payu dara luka dan kuman memasuki tisu payu dara. Ia menyebabkan jangkitan hingga kawasan yang tercedera terasa sakit dan kulit payu dara menjadi merah.
Tanda-tanda:
  • Payudara berasa hangat, sakit, bengkak dan merah.
  • Puting payudara merekah
  • Iinfeksi mungkin menembusi masuk melalui rekahan atau fisur putting terus ke sistem limfa buah dada
  • Kadangkala badan berasa letih dan gatal
  • Demam melebihi 38.5 darjah C
  • Selsema
  • Sakit Kepala
Penjagaan:-
  • Jangan berhenti menyusu, ini akan memburukkan keadaan
  • Perbetulkan aliran susu – baiki posisi dan dakapan bayi untuk pengaliran susu lebih efektif
  • Lakukan demahan panas/sejuk (Mengikut keselesaan) sebelum menyusukan anak
  • Kerap menyusukan anak sekurang-kurangnya setiap 2 jam
  • Perahkan susu menggunakan tangan atau pam selepas menyusu jika merasakan bayi tidak menyusu dengan baik.
  • Makan makanan seimbang dan berkhasiat
  • Minum banyak air
  • Makan ubat penahan sakit spt Paracetamol (Panadol)
  • Ambil Antibiotik  contohnya tab. cloxacililn mengikut arahan. (dibawah pengawasan doctor)
  • Rehat secukupnya
Nota:
  • Jika dibiarkan melarat nanah boleh berkumpul dan memerlukan pembedahan bagi mengeluarkan nanah.
  • Apa yang penting ialah pengawasan diri sebab jika mastitis itu tidak beransur sembuh, ia boleh membawa kepada abses buah dada yang merbahaya dan perlu dirawat segera (atau dibedah) untuk mengeringkannya.
Info:
Jika kita mempunyai mastitis, kita bukanlah keseorangan:   1:10 ibu yang menyusu badan akan dijangkitinya dan sesetengah ibu yang memberi susu formula juga boleh dijangkiti. Walapun kita mungkin dijangkiti mastitis lebih daripada satu kali,  jangkitan itu jarang melibatkan kedua-dua buah dada pada satu-satu masa.

Wednesday, April 7, 2010

13ways to delegate work effectively...

,
Hari nie mama dapat email dari boss..hehehe satu idea bernas cara untuk kita delegates kerja kite dgn collegues...Ermm mmg mama mempunyai masalah nak delegates kerja nie..so ingat nak cuba amalkan lah...huhuhu 


Nie email dari boss


Attachment : 13 ways to delegate work effectively


  1. Delegate a task if someone can do it,OR want to do it, needs to do it OR likes to do it..
  2. When you delegate responsibility, also delegate the authority to use resources to get it done.
  3. Delegate results, not necessarily the methods.
  4. When you delegate something, don't take it back.
  5. Ensure the person understands what you have delegated to him and why.
  6. Set benchmarks or checkpoints and leave them alone.
  7. Reinforce positive results and give feedback on negative results.
  8. Communicate clear instructions, expectations and guidelines.
  9. Use delegation as a staff development tool.
  10. Resist the tendency or over inspect
  11. Ask for regular written or verbal reports
  12. Remember what you delegated and to whom.
  13. See failure as necessary if people are willing to stretch, learn and grow..
Marilah kita sama2 cuba praktikkan...Caiyok!

Join Picket....90 Days for Mum...

,


Tahu tak?
Hanya di Malaysia sahaja...Cuti bersalin 60 hari...???!!!

Statutory maternity leave in Southeast Asia:
·           Singapore – 112 days (16 weeks)
·           Thailand – 90 days (3 months)
·           Cambodia – 90 days
·           Indonesia – 90 days
·            Malaysia – 60 days
Jom join petition nieeee..Mama sudah...kawan2 macam maner...?

Tuesday, April 6, 2010

Family Outing di FRIM

,
Ia adalah hari yang panas..Ia adalah hari yang memenatkan..tapi bagi anak-anak mama..Ia adalah hari yang menyeronokkan...Mungkin ini bukanlah cerita yang baru..tapi mama baru sahaja update cerita nie di dalam blog... hahahahaha..betapa tidak up-to-datenya ako....

Air terjun FRIM..kecik jer..tapi cantikkan...

Sabtu, 27hb March..Office mama buat program ~ Family Outing to FRIM..Macam2 aktiviti dijalankan..tapi bagi kami sekeluarga memilih untuk membuat aktiviti sendiri..Hehehe..Tengok sajerlah kerenah budak-budak tu...


aaaa..tak sabarnya kami nak mandi ayah!!!

 Welcome to our tent...

Farhan..'My love belongs to mommy...
mama..swing mama...swing


Tolong..susu tak cukup ker?

,
Dilema ni selalu menghantui ibu-ibu terutama ibu bekerja. Tak usah kata yang bekerja, yang tak kerja pun kadang-kadang terlintas perkara ni.

Terutama kalau baru je beranak 8 jam yang lepas.

Jangan risau kalau bayi tak berhenti menangis selepas bersalin. Dia bukan tak cukup susu tapi tak cukup hangat!

Tetapi jika dah BF selama 2-3 bulan dan mengalami masalah kekurangan susu, jangan risau. Banyak cara penyelesaiannya.Yang penting,, kena tahu konsep BF iaitu demand vs. supply.Walau apa pun petua yang diamalkan, MESTI kerapkan menyusu dan mengepam.

Di sini mama ingin berkongsi tips-tips membanyakkan susu yang selama ni..

1. Bebaskan diri dari stress!
Kadang-kadang bukan je stress bekerja atau stress jaga anak, kurang susu pun boleh buat stress melampau. Jadi jangan fikirkan tentang susu anda kurang atau anda tiada susu. Fikirkan macamana nak banyakkannya. Pastikan anda dapat rehat yang cukup!

2. Jangan lupa minum air!
Anda tak perlu minum 5 gelen sehari. Tapi jangan kurang dari 8 gelas sehari. Tapi ibu BF biasanya cepat haus dan lapar. Jadi, rasanya tak ada masalah tentang ni.

3. Ambil makanan penambah susu.
Tak perlu beli herba yang mahal-mahal. Cukup dengan apa yang ada di dapur anda seperti sayuran hijau, halba dan bawang putih.

4. Berurut.
Selain dari melancarkan urat susu, urutan badan juga memberikan kesegaran kepada badan. So, badan pun rasa sedap je.

Kalau susu anda banyak sangat sampai melimpah, jangan pula jadikan tu masalah! Bagus kan susu banyak? Dah banyak tu jangan lupa buat stok ya!

Monday, April 5, 2010

BeBe FaRhAn'S 6month Giveaway....

,

22 April ni genap Bebe Farhan 6 bulan..bermakna sudah 6 bulanlah mama berjaya menyusukan Farhan...Alhamdulillah mama pun tak sangka dapat menyusukan Farhan sebegitu lama.. Huhuhu...SOOOOOO.....kira macam mama nak celebratelah nie.ceewaaaahhhh...Mama nak nak buat giveaway..Dalam masa yang sama mama nak mengeratkan lagi ukhuwah sesama mommy-mommy yang lain...hehehhe..

Hadiah?Rahsia lagi....Tapi insyaAllah sesuatu yang boleh dimanfaatkan :-) .. Mama akan pilih 3 orang untuk hadiah utama (randomly pick) yer atau Farhan yang pilih...cemaner dia pilih?? oooo melalui senyuman dia.....cewahhh..

Syarat utk join giveaway ini:

Bagi yang ada blog

Saturday, April 3, 2010

Tolong...tolong...nipple saya cracked....

,
Cemaner kita nak buat kalau nipple kita cracked ek?Ermm nie mama nak share sikit..


Puting luka, puting melecet atau cracked nipple adalah masalah yang paling-paling-paling normal kalau kita mula-mula nak breastfeed.

Macam-macamlah orang kata, nipple nak bersalin kulitlah, sebab baby gigitlah.. dsb. Tak kira lah apa pun, jangan terkejut kalau dalam minggu pertama tu ... tak boleh pakai bra !sebab puting melecet. Mama pun pernah alami, adoiii sakitnya tu sampai menitis lah air mata..kalau nak sua kat mulut Farhan tu...pejam mata beb!

Tapi jangan ambil mudah!!!

Sebab benda utama yang mengakibatkan puting luka ni ialah kedudukan baby, iaitu cara dia "latch on". Kalau baby latch tak betul, bukan je puting kita sakit, tapi baby pun tak dapat susu yang sepatutnya. Sebab dia patut latch di "aerola", bukan puting.

Apa nak kena buat kalau nipple luka ni?

Kita kena periksa kedudukan bayi dan cara dia latch. Kalau tak pasti minta tolong jurarawat laktasi/LC di hospital berdekatan.

Kalau kita tinggal berdekatan dengan LC yang glamer, Pn Kamariah atau Pn Rita (mereka kolumnis dalam majalah Pa&Ma...peramah orangnya..mama pernah jumpa jugak mereka nie..) kita boleh dapatkan khidmat mereka. Mintak mereka periksa kedudukan bayi kita..

Kalau tak, lakukan ini untuk penyelesaian segera:

1. Tukar position setiap kali feeding. Tukar-tukar dari "cradle hold" ke "cross-cradle", ke "football hold" dan sebagainya.

2. Sapukan air susu di puting kita dan biarkan "air dry". Air susu ni banyak gunanya tau!

3. Gunakan krim untuk puting luka yang terdapat di pasaran. Yang paling berkesan dan ekonomi pernah mama cuba "Bepanthen", kerana ia juga boleh digunakan untuk ruam bayi!

4. Pakai "breast shell" sebelum memakai bra supaya nipple tak bergesel dengan bra.

5. Perah sedikit susu sebelum memberi kepada bayi untuk mendapatkan let-down dan bebe tak perlu menghisap dengan kuat untuk let-down.

Saya adalah 'SweetBonda'

,
Saya adalah sweetbonda kerana saya 'sweet'..eheheh.. Saya adalah mama yang sporting,mama kepada 3 musketeers (Fariz,Farihin and Farhan) dan isteri kepada Fraizal..4F yang menyerikan hidup saya..Saya adalah seorang mama yang mahukan terbaik utk anak-anak..dan saya pasti semua mama yang lain pun samer...Klik sini untuk join giveaway...till 05/05/10

Thursday, April 1, 2010

Tapi,kenapa Hardcore Breastfeeder??

,
Penyusuan ibu atau breastfeeding adalah perkara fitrah yang
melengkapkan 'kitar hidup' seorang ibu. Dari proses mengandung,
melahirkan dan menyusu, hinggalah proses cerai susu
sebagaimana disebut dalam Surah al-Ahqaf ayat 15

"..ibunya mengandungkannya dengan susah payah dan melahirkannya
dengan susah payah. Dan tempoh mengandung sampai menyapihnya ialah
30 bulan".

Di sebut dalam ayat itu adalah 'mengandung' dan 'menyapih', jadi
nyatalah bahawa penyusuan itu termasuk dalam life cycle seorang ibu
terhadap bayi. Bayi ye, bukan anak, sebab tanggungjawab ibu kat
anak tu tak sudah-sudah.

Malah, kalau ikut Polisi Penyusuan Ibu Kebangsaan, seorang bayi
hendaklah disusukan secara ekslusif (tak bagi benda lain even air
masak sekalipun) sekurang-kurangnya 6 bulan pertama.

Lagipun, kita tergolong dalam kumpulan mamalia yang melahirkan dan
menyusukan anak. Kucing, kerbau, kambing, malah platipus dan ikan
paus pun menyusukan anak mereka. Cuma manusia je yang ada pilihan
samada nak breastfeed atau bagi susu lain.

Jadi, marilah kembali kepada fitrah agar anak-anak kita membesar
dengan super sihat

Cara Susu Formula Mencederakan Lapisan Bayi Anda

,
Tahu tak sebenarnya usus bayi di bawah umur sebulan ni macam
jaring. Ia menyerap apa saja yang melaluinya termasuklah segala
kuman dan bacteria; baik ke jahat semua pun dia sapu.

Yang bahayanya, ia mudah bocor! Hanya satu cara saja untuk
'menampal' jaring-jaring itu & mengelakkan kebocoran.

Susu Ibu!

Susu ibu mengandungi "sIgA" yang boleh melapisi usus bayi baru
lahir ni sampailah ususnya matang.

Kemudian ia menyediakan "pH" atau tahap keasidan yang optimum dalam
usus untuk pembiakan bakteria baik spt "Lactobacillus bifidus" yg
dapat hidup dengan aman tanpa gangguan bakteria jahat.

Mesti anda pernah dengar nama "Bifidus" dalam satu iklan susu
formula kan? Itu kita tak tahu bagaimana dia formulasikan bifidus
tu, tapi dengan susu ibu, bifidus yang asli dan tulen sahaja
diterima!

Yang bertugas menghalang penjajahan bakteria jahat tu pula namanya
"Oligosakarida" dalam susu ibu. Mesti anda pernah dengar juga nama
Oligo.. Oligo ni kan.

Jika anda memberinya formula, maka hilanglah lapisan perlindungan
dalam ususnya. Tentunya kita tak mahu beri yang second best kepada
anak kesayangan kita kan?

My Freestyle is here!!!!

,




Alhamdulillah Freestyle mama sudah pun berada di dalam tangan dan telah pun selamat dirasmikan malam tadi jam 01:23am ...Hahaha kemaruk nak guna dan selebihnya nak memahirkan penggunaan..Mungkin setengah2 orang mengatakan mama telahpun membazir... Tapi demi untuk mencapai cita2 mama menyusukan Farhan sehingga 2 tahun...mama harus melakukan yang terbaik..dan hanya yang terbaik! Proof it Mama....

Erm..Nak cerita sikit macam maner mama beli..dengan siapa mama beli..

Sebenarnya dah lama mama survey fs nie...dari awal tahun aritu...takut jugak mama melakukan pembaziran...yelahharga bukan setakat puluh ringgit..ini dah menjangkau ke ribu ..angkanya...Tapi pagi semalam...31/03/10..jam 06:55am..mama menelefon jugak Ajasu..a.k.a Nazahiyyah..Baik orangnya..lembut jer..eii kalah mama...hehehe..Mesti cam terkejut kan...mama terus confirm nak beli selepas dah berbincang ngan hubby.

Jam 20:15pm, mama dah pun berada di rumah depan Ajasu..Jeng jeng jeng.......Kebetulan rumah Ajasu dgn rumah mama tidaklah jauh..lebih kurang 10minit jer berkenderaan 4 roda.. kami disambut oleh suami Aja...lupa tanya pada hubby..nama suaminya...borak2 jap..Aja pun terus tunjuk ajar bagaimana hendak menggunakan Freestyle... Mama dengar dengan tekun..tanpa berkedip..Hampir 2 jam jugaklah demo. Memang cara Ajasu menerangkan begitu professional sekali..Memang paham bangat..Hehehe..Mama siap demo ngan Farhan sekali...Memang mudah tapi masih kekok lagi...Akan diusahakan ...


Inilah freestyle mama...Masih dlm kotak..hehehe


Rupa freestyle mama selepas siap dipasang


Hasilnya....

Jam 0430 pagi...baru mama tidor..selepas puas membelek gadget baru mama ..huhuhu..happy pumping Mama!

Wednesday, March 31, 2010

Solat itu Buang Masa???

,

“Mengapa orang Islam banyak buang masa untuk bersembahyang?” Anda terkejut? Sudah tentu. Ini adalah soalan yang jarang kita dengar. Soalan ini ditanyakan pada saya lebih kurang 15 tahun yang lalu ketika berada di Jepun. Ia diajukan oleh pelajar-pelajar Jepun yang melihat pelajar-pelajar Malaysia solat lima waktu sehari semalam.

Sebelum menjawab soalan ini, saya menyoal kembali pelajar-pelajar Malaysia yang hadir dalam majlis usrah itu:
“Mengapa soalan seumpama ini ditanyakan ketika kamu di sini, tidak di Malaysia?”
Seorang pelajar menjawab, “kerana mereka jarang melihat orang solat.”
Yang lain menjawab, “mereka menyembah berhala mereka sekali-skala. Tidak sekerap dan selama kita umat Islam.”

Saya senyum. Pelajar-pelajar itu berminat sungguh untuk mendalami Islam. Mereka mendekati Islam lebih serius berbanding ketika mereka di Malaysia dahulu. Ketika di perantauan, ramai yang kembali gigih menghayati agama sebagai perisai diri daripada kejutan budaya dan godaan persekitaran yang terlalu mencabar.
“Ada sebab lain?” tanya saya sekadar mengundang reaksi. Mereka diam. Mungkin terus berfikir.

“Orang Jepun sangat menghargai masa. Pengurusan masa mereka sangat efisien. Majoritinya tidak membuang masa…” kata saya meluahkan hasil pemerhatian secara rambang. Memang, ketika di dalam kereta api kebanyakan mereka membaca. Buku-buku dan komik banyak tersusun di bahagian atas syiling kereta api.

“Jadi bagi orang Jepun yang tidak membuang masa, 5 ke 10 minit yang kita luangkan untuk mengerjakan satu waktu solat dirasakan telah membuang masa. Sebab itu mereka bertanya, mengapa kita membuang masa. Sebab itu soalan itu timbulnya di kalangan orang Jepun. Kenapa tidak di kalangan orang kita di Malaysia? ”

“Sebab orang kita masih ramai yang membuang masa,” jawab seorang pelajar secara spontan.
Saya senyum, sambil mengangguk kepala. Bagi orang yang banyak membuang masa, apalah ertinya 5 atau 10 minit untuk solat. Bagi mereka yang suka melepak, berbual kosong, berlegar-legar di pusat membeli-belah sampai berjam-jam apalah harga masa yang sebanyak itu. Tidak jadi kudis. Namun tidak bagi orang Jepun, masa beberapa minit untuk aktiviti yang tidak penting (termasuk solat – pada pandangan mereka) sangat membazir masa.

“Apa yang saudara jawab?” tanya saya menduga. Gembira melihat mereka tercabar begitu. Kekadang kecintaan dan kefahaman kita terhadap Islam hanya timbul dengan adanya cabaran dan perlecehan.
“Susah nak jawab sebab Allah perintahkan kita. Mana mereka boleh terima jawapan yang begitu.”
“Perlu dijawab begitu. Sebab Allah, Tuhan kami perintahkan begitu.”

“ Tapi kalau ditanya lagi apa sebabnya Tuhan kamu perintahkan begitu?”
“Jawablah, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya daripada hamba itu sendiri,” jawab saya.
“Mungkin mereka terima jawapan dari perspektif kita. Tapi bagaimana kalau kita nak jawab yang logik dan rasional mengikut perspektif mereka?” tanya seorang penuntut tahun akhir kejuruteraan elektrik (seingat saya).
Bagus soalan itu. Saya memang menantikan respons yang lebih kritikal dan berani.

“Tanyakan mereka, apa yang kamu buat untuk memastikan alat-alat teknologi kamu dalam keadaan yang baik? Bukankah kamu sentiasa menyelenggarakannya? Lebih canggih alat teknologi kamu, maka semakin kerap kamu menyelenggarakannya. Kamu sentiasa buat “maintanance” kapal terbang, kereta api elektrik (“bullet train”) dan kereta kamu…” terang saya.

Pelajar-pelajar yang berjumlah 20 orang itu tidak berganjak. Hawa musim dingin kota Ibaraki itu sekali-sekala mencuri masuk melalui regangan tingkap yang terbuka. Nyaman.
“Kemudian tanyakan mereka siapa yang lebih canggih, alat-alat atau jentera teknologi yang dicipta itukah atau pun manusia yang menciptanya?”
“Tentulah manusia,” jawab mereka hampir serentak.
“Nah, kalau begitu tanyakan mereka, kalau kamu sering malah sentiasa selenggarakan alat-alat teknologi yang canggih, mengapa kamu tidak selenggarakan diri kamu yang lebih canggih?

“Mereka akan tanya, bagaimana nak selenggarakan diri kami?”
“Itu kami tidak pasti. Tetapi bagi kami orang Islam, solat adalah cara kami “maintenance” diri kami. Malang sekali kalau kamu hanya menyelenggarakan alat-alat teknologi kamu tetapi kamu lupa menyelenggarakan diri kamu sendiri.”
“Kalau mereka bertanya apakah yang dimaksudkan dengan menyelenggarakan diri pada seorang manusia?”

“Seorang itu dikatakan menyelenggarakan dirinya jika ia membersihkan hati, menstabilkan emosi dan menenangkan fikirannya. Inilah yang berlaku dalam solat yang sempurna. Seorang itu mengadu, merayu, merintih dan menyerahkan kembali segala kegalauan, keresahan dan keserabutan jiwanya kepada zat yang mampu dan mahu menyelesaikan segala-galanya. Siapa lagi kalau bukan kepada Allah!”

“Orang yang solat tidak akan sakit jiwa. Stres dan tekanan emosinya terkawal,” sampuk seorang pelajar di barisan belakang.
“Sebab itu orang Islam tidak bunuh diri walau bagaimana besar sekali pun masalah yang mereka hadapi,” tambah yang lain.
“Tidak seperti orang Jepun, kadar membunuh diri di kalangan mereka tinggi!”
“Dan ketika itulah mereka mungkin boleh disedarkan betapa solat yang beberapa minit itu bukan sahaja tidak membuang masa bahkan sangat penting sekali dalam kehidupan seorang manusia,” ujar saya sebagai satu kesimpulan.

SOLAT ITU SOAL PERIBADI?

Itu kisah orang Jepun yang bukan Islam. Sekarang mari kita ikuti kisah orang Islam sendiri dengan solat.
“Maaf, solat ini soal peribadi. Siapa yang nak buat sila, dah ada surau pun dalam bangunan ini. Siapa yang tak mahu, tak boleh paksa. Itu hal masing-masing.”
“Ya, solat tidak boleh dipaksa. Tetapi kita sebagai saudara seIslam, wajib mengingatkan. Dan saya ingin mengingatkan saudara, solat bukan soal peribadi,” tekan saya.

“Mengapa?”
“Solat itu mencegah seseorang dari kejahatan dan kemungkaran.”

“Itu saya tahu. Solat boleh mencegah kemungkaran. Saya pun selalu juga dengar kuliah-kuliah Subuh. Tapi ini dalam syarikat, kita tak perlu mengulang input-input dalam kuliah Subuh tu. Di sini kita bekerja, kita berniaga…”
“Tuan, masa kita berniaga dan bekerjalah selalunya godaan dan cabaran datang. Banyak kemungkaran dalam berniaga dan bekerja,” tusuk saya perlahan.

Kemungkaran dalam kerja? Apa tu?”
Ponteng, curi tulang, rasuah, melawan atasan, menindas bawahan, umpat, adu domba dan sebagainya. Kemungkaran ini bukan soal peribadi. Jika seorang melakukannya, ia memudaratkan yang lain. Lama-kelamaan ia berjangkit menjadi budaya yang negatif dalam syarikat. Ini akan menjejaskan operasi dan perjalanan syarikat secara keseluruhan.

“Kita sudah ada undang-undang dan disiplin organisasi. Itu sebagai kawalan untuk anggota kita tidak melakukan penyelewengan.”
“Undang-undang mencegah kemungkaran dari luar tetapi solat mencegah kemungkaran dari dalam. Kita perlukan kedua-dua pendekatan. Bahkan dalam apa jua keadaan pencegahan dari dalam itu yang lebih berkesan.”

“Kenapa?” tanyanya sepatah-sepatah. Pengurus bahagian sumber manusia itu masih tidak yakin betapa pentingnya kursus pemantapan solat dilaksanakan dalam organisasi itu. Sejak dari tadi saya terkial-kial untuk meyakinkan orang Islam sendiri tentang kaedah Islam mencegah penyelewengan dan salah laku dalam syarikatnya.
“Sebab solat akan membina rasa takut, cinta dan patuh kepada Allah. Orang yang begini akan meninggalkan kejahatan dengan kerelaan hati sendiri. Ataupun jika mereka tersalah, mereka akan segera bertaubat.”

“Ah, apa pula pihak atasan kata nanti. Kita anjurkan kursus solat pula, sedangkan selama ini kita giat menjalan kursus-kursus yang memberi kemahiran profesional kepada anggota-anggota kita,” katanya berterus-terang.
“Orang atasan tidak mahukah melihat orang-orang bawahan dan seluruh kakitangan syarikat ini jadi baik? Solat sangat penting untuk membentuk manusia jadi baik.”

Dia merenung muka saya lalu berkata,”tetapi kalau baik sahaja tetapi tak tahu bekerja, buat apa?”
“Dan kalau tahu buat kerja sahaja tetapi tidak jujur, buat apa?” balas saya.

Setelah melihat dia diam, saya menambah, “sebenarnya kita perlu kedua-keduanya sekali. Pemantapan solat pun perlu, peningkatan kemahiran profesional pun perlu. Alangkah baiknya jika kedua-duanya dilaksanakan secara bersepadu dalam syarikat ini. Kita tidak ada masalah, bukankah seluruh kakitangan syarikat ini beragama Islam?”
“Kos… kos dan peruntukan latihan akan bertambah,” balasnya.

Kali ini saya pula terdiam.
“Tuan, untuk program latihan kemahiran kita rela berbelanja besar. Mengapa untuk program pemantapan nilai-nilai Islam ini kita terlalu berkira?”
“Itu soal pihak atasan…” kilasnya.

“Tuan, di atas pihak atasan ini ada yang lebih atas lagi. Allah akan bertanya kepada kita, apa yang kita laksanakan untuk mendidik orang bawahan kita. Syarikat hakikatnya sebuah institusi. Kita akan ditanya oleh Allah tentang orang di bawah pimpinan kita. Bukan soal makan-minum dan kebajikan lahiriah mereka sahaja, tetapi juga soal iman dan Islam mereka.”

“Baik tu baik. Tetapi…”
“Tuan, jika syarikat terlalu berkira dalam soal-soal tarbiah begini, saya khuatir penyelewengan, rasuah, curi tulang dan lain-lain sikap negatif yang tuan katakan mula merebak dalam syarikat ini akan bertambah kronik. Pembaziran dan penyelewengan akan memporak-perandakan operasi. Produktiviti dan kualiti akan menurun. Penjualan juga akan merosot. Pembaziran berleluasa. Rasuah pula akan menyebabkan ketirisan wang yang bukan sedikit! Ini menelan kos yang lebih berbanding kos pendidikan,” pujuk saya.

Dia termenung. Sambil menepuk-nepuk tangannya ke meja dia berkata, “insya-Allah, nantilah akan saya fikirkan dulu.”
Saya menarik nafas. Begitulah cabaran dalam berdakwah. Setelah berhujah, kita perlu pasrah menyerah kepada Allah, pohon taufik dan hidayah-Nya. Apa pun benarlah seperti yang selalu diungkapkan, Islam adalah agama yang paling banyak disalah tafsirkan, bukan sahaja oleh orang bukan Islam…. tetapi oleh orang Islam sendiri.

Di Jepun, di Malaysia atau di mana sahaja, Islam sering disalah tafsirkan. Namun jangan pesimis atau kecewa. Itu bermakna peluang dan ruang untuk dakwah sentiasa terbuka!

Monday, March 29, 2010

Jom jalan2 ke I-city Shah Alam

,
Sabtu lepas, mama n hubby berjalan ke I-city..waaaaahhhh best sangat...terasa seperti berada di obersea..Farhan pun gembira sangat..mana taknya..colourful...Lihat sajer gambar2 kat bawah nie...Hanya gambar yang boleh memberitahu segala2nya..cewahhh...







Minum lagi.....


Waaa....Farhan..nampak warna merah....tak bley lepas....

Sempat menyusu Farhan..Hehehe..Maner2 yg sempat ..



Terasa susah nak tinggalkan tempat nie..tak puas berjalan....








Alhamdulillah...

,
Selama 2 bulan mama dok berulang ke rumah bebesitter dek kerana tiada masa untuk mengepam... (ermm boleh diterima pakai kah ayat ini?) Mama mmg mengepam dan bercita-cita untuk menjadi pengepam yang tegar..Mama sanggup buat apa saja demi untuk mencapai cita-cita menyusukan anak mama sehingga capai usia Farhan 2 tahun.

Mama telah pun berjaya mengepam susu semasa dlm pantang ...TAPI..mama telah silap menyelenggarakan susu beku mama..and mama akhirnya end-up dgn kekekurangan stok susu yang akhirnya membawa kepada ketidak adaan stok susu langsung...Mama menangis ..kerana mama fikir itulah penghujung kepada penyusuan Farhan...

Mama usahakan bangun malam...setiap 2 jam bangun...tapi Farhan seakan tahu akan pergerakan mama...Kat Office mama sempat pam 3x4oz botol susu..dan 1 botol lagi di rumah..Total susu yang dapat di kumpul sehari 16 oz..Itupun kalau Farhan xbgn minum susu mama...Farhan akan nangis kalao mama tak angkat dia..Farhan akan menangis kalau mama baringkan dia..Farhan akan menangis kalao mama tidak bersama dia...Farhan xmao duduk lamer dengan ayah...Oh Farhan...Macam maner mama nak bekal kan susu utk Farhan esok...
Maka terjadilah rutin menghantar susu tambahan pada siang hari...setiap hari waktu lunch mama akan berdesssuuuppp pandu SLK (Small Little Kancil) ke ruma bebesitter...untuk menjimatkan botol susu....Mama menyusukan Farhan sekali..Dapatlah Farhan susu fresh dari mama..

Hari nie..Mama dapat tahu dari bebesitter..rupa2nya Farhan kener sawan tangis...Apa itu sawan tangis? Mama pun tak tahu..tapi mama nampak perbezaannya...Farhan dah tak nangis lagi, Farhan nyenyak sajer tidor...Mama harap Farhan akan lebih rehat lepas ini...Mama akan cuba utk memberikan secukup bekalan susu untuk Farhan..Lagi sebulan sajer lagi sayang...Mama akan kenalkan Farhan pada makanan ..Yum Yum Yum...Anak mama akan makan pula selepas ini..Anak mama akan naik walker juga selepas ini...Alhamdulillah anak mama dah besar....sihat kerana minum susu mama....

SGM2-Managing Myths in Breasfeeding..

,
Alhamdulillah..Akhhirnya terpergi juga mama ke SGM2.. Walaupun hati nie selalu berdolak dalik..malu tak bertempat..yelah pergi ke tempat yang tak biasakan..Hehehe Nasib baik ada Nuha..taklah rasa terasing...Pagi2 lagi mama dah kelam kabut dgn anak2..Nasib baik mereka dah biasa bangun pagi jadiknya taklah ambil masa yang lama utk pujuk diorang mandi..

Perjalanan kami menuju ke Tasik Cempaka bley dikatakan lancar jugak..Terima kasih kepada 'hubby' yg malam sebelumnya dah pun meng'google' peta lokasi..Dari tol kajang , mama dan ibunadyne berkonvoi ke Tasik..carik punya carik...barulah jumpa lokasi perjumpaan..Seronok jumpa Bib...Oh itu member SI yang ke-2 mama jumpa !Orangnya lasak..sungguhpun sedang mengandung 9bulan..masih gagah memandu kereta sendirian ke Bani dari Gombak...

Warna tema SGM2 ialah purple..waaaaahhh tak sangka ibu2 SI semuanya sporting...Mama memang teruja bila berjumpa dgn Zatul77,LoveBaby..(xsangka masih meneruskan penyusuannya walaupun anak dah berusia 4 tahun...Tabik double springlah!)..Nie semua otai2 SusuIbu.com..

Mama selitkan beberapa gambar yg diambil oleh hubby sepanjang SGM2 dijalankan....


Thursday, March 25, 2010

Berblog kembali..

,
Ermmm lamer sungguh tak berblog...Terpanggil untuk berblog kembali selepas tgk rakan-rakan SI (SusuIbu.com) yang tersangatlah aktifnya berblog..hehehehe..mmg tak pernah terpikir ..Blog mereka semua canggih manggih...huhuhu..tak per lepas nie pun saya akan aktif berblog..pergghhh azam suku tahun pertama...

Sekarang nie tak der idea lagi nak tulis aper....Nnti idea sudah mari....Kompem nak tulis lagik..huhu

Sunday, March 21, 2010

Hypnobirthing....

,
Pengalaman melahirkan anak...Bg mama menyeronokkan...hahahaha kenapa ek? sbb thrill kot... Perasaan bercampur baur antara TaKuT...sebab pelbagai kemungkinan bley berlaku...perinium terkoyaklah,contraction yg terlalu lama...BerDebar-Debar...macam mana rupa bebe kita...eiii macam2 lagilah..mmg sukar digambarkan...Hanya mommy2 yg sedang berdepan dgn proses itu jer yg mengetahuinya.. Tapi mama selalu ingatkan diri mama dan berdoa...kalaupun dlm pertarungan ini aku kalah..sesungguhnya aku syahid sbg sorang ibu yang sedang melahirkan anaknya...Ya Allah ! kau permudahkanlah segala urusan hamba mu ini!

Mama ada copy artikel ttg hynobirthing dari Pa&Ma..Mama ada 'perjanjian maya' ngan kengkawan yg belom mama tunaikan...

Menerusi kelahiran yang tenang, tiada tekanan dan tanpa bantuan perubatan, bayi yang lahir turut tenang. Dia lebih riang, mudah menyusu dan tidur.Bukanka seronok melalui kelahiran begitu? ***,pendidik kelahiran Hynobirthing berkongsi teknik penenang diri dengan wartawan ***....

Hynobirthing Bersalin tanpa bantuan Epidural

Seringkali pengalaman melairkan negatif kala melahirkan bayi menjadi topik hangat di kalangan wanita baru lepas bersalin. Masing-masing sibuk mendedahkan pengalaman negatif malah situasi kecemasan yang dialami. Mereka seolah-olah percaya kesakitan dan kerumitan tersebut berkait rapat dengan proses kelahiran. Malangnya, perbincangan sebegini menjurus kepada peningkatan jumlah wanita menjadi takut bersalin.

Perlu anda tahu! Ketakutan melampau ini menyebabkan tubuh mengalami tegangan sekaligus menghalang keupayaan anda untuk melahirkan beyi secara normal. Akhirnya ketakutan menjadi punca anda perlu melalui proses kelahiran yang panjang, penh kesakitandan sering kali menimbulkan kekecewaan.

Sebelum hynobirthing wujud, kelahiran yang tenang dan selamat seakan-akan sukar dicapai. Mujurlah program ringkas ini dapat mendidik anda melakukan 'pukau' (hynosis) ke atas diri sendiri supaya emosi yang diselubungi maklumat salah tentang kelahiran dapat dilepaskan. Pada masa yang sama, program ini dapat membantu anda melahirkan kelahiran dar perspektif yang jauh berbeza seperti yang dikhabarkan.

Falsafah hynobirthing muncul daripada pemahaman bahawa kelahiran tidak seharusnya bermula dengan situasi yang menyakitkan. Tubuh setiap wanita terutamanya otot rahim sememangnya dicipta untuk bekerja dengan baik ketika proses kelahiran. Sehubungan itu, setiap wanita sebenarnya memiliki kearifan terpendam untuk melahirkan bayi secara semula jadi. Bagi mengecap kearifan itu, anda perlu menuruti tubuh dan bayi. Anda perlu sentiasa tenang, yakin dan bebaskan diri daripada secara ketakutan. Percayalah, ketakutan hanya akan menyebabkan anda semakin tertekan. Malah ia merupakan punce utama kesakitan yang dialami.

Apabila anda takut, tubuh memegang dan mengatur diri untuk 'berlawan'. Tubuh akan mengutamakan organ pertahanan dan mengalirkan darah serta oksigen daripada oegan pertahanan yang tidak penting seperti rahim. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan otot-otot kelahiran tidak mampu berfungsi secacra normal sehingga menjurus kepada kesakitan dan ketidakselesaan yang lebih teruk.

Singkirkan ketakutan
...
Pernafasan menggunakan abdomen dalam membolehkan anda kekel relaks, tenang dan selesa. Teknik pernafasan yang sama direka bagi menggalakkan pembukaan serviks. Dengan itu, tempoh proses kelahran dapat dipendekkan. Malah anda tidak perlu bersusah payah meneran secara paksa kerana bayi akan meluncur keluar dengan mudah sebaik tiba masanya.

Kebanyakkan wanita yang mengamalkan hynobirthing tidak memerlukan bantuan ubat penahan sakit atau bius kerana proses kelahiran yang dilalui juga adalah terkawal. Mereka juga tidak perlu berdepan dengan sebarang kesan samoingan akibat penggunaan ubat penahan sakit yang mengandungi dadah. Jadi mereka tidak mempunyai masalah untuk menjalinkan hubungan dan menyusukan beyi sejurus selepas kelahiran, semuanya hasil daripada ketenangan dan keyakinan diri.

Dengan menggunakan gerak hati, anda dapat menuruti tubuh dan bayi. Anda dengan sendirinya akan mengubah posisi berdasarkan kepada petunjuk (kesakitan atau ketidakselesaan) yang diperoleh daripada tubuh atau bayi untuk kekal tenang dan selesa. Hakikatnya, anda lebih bertenaga dan mempunyai keyakinan tinggi untuk meneruskan proses kelahiran.

Apabila ada menggunakan proses kelahiran dan teknik bernafas yang membantu mengeluarkan bayi secara lembut, pembukaan faraj turut berlaku dalam keadaan tenang yang secara tidak langsung dapat mengelakkan koyakan dan mengurangkan trauma pada perinium. Malah, ramai ibu baru pertama kali melahirkan bayi mengakui perinium mereka berada dalam keadaan baik selepas kelahiran!
........

...Hormon endorfin yang dihasilkan secara semula jadi ketika anda dalam keadaan tenang berfungsi 200 kali lebih kuat berbanding penggunaan morfin, sekaligus menggantikan hormon stress yang menyebabkan kesakitan...

~Wartawan-Intan Jastina Jamaluddin, Pa&Ma October 2009~
Akhirnya berjaya juga mama menunaikan 'janji maya' mama dgn kengkawan...hehehe..Selamat melahirkan anak! Relax and Yakin diri..caiyok!!!

Tuesday, January 26, 2010

Points to ponder

,

Children arent adults, don't expect them to behave as though they are,

Children learn by doing, don't expect to approve of everything they do

Children are more likely to do as you do than to do as you say

It is often less important for adults to control children's behaviour

than to control their own

Children react to anger, they respong to love and affection

The pain you inflict on them will probably be inflicted on others..









Friday, January 22, 2010

Farhannn ..

,
Pagi tadi Farhan tak berapa sedap perut agaknya kot...Gelisah jer..Mama bangun..Kesian tengok Farhan..Duduk salah..baring pun salah..Sudahnya mama sapu minyak Yuyi cap limau (tah betul ke tak ejanya)..Baru tidur..Mama? Mana boleh tidur terus..terkelip-kelip pandang syiling...

Sedar-sedar Farhan dah bangun..Rupa2nya mengejutkan mama yg tak sembahyang Subuh lagi..Syukur alhamdulillah..Anak mama semoga jadik anak yg soleh ya...Mama solat subuh gajah arini..hampir pukul 7..Adoyai..nak jadik aperlah mama nie..Patut tahun baru ajamnya baru..ini idak..ekekeke

Sayang Farhan...

Entah ek...Aku nie...

,
Baru mama realize walaupun rambut sama hitam hati lelain .. dan nasib orang pun lain2.. Ermmm dan mama fikir selama nie semua orang sama nasib ...dan boleh berkongsi semua masalah ... rupa-rupanya tidak...

Kadang2 terkedu jugak. Mahu berkongsi sesuatu yang baik bersama, tapi disalah ertikan. Ermmm kehidupan...penuh dgn ranjau dan dugaan.. Hanya masa yang mengubah manusia. Manusia sesama manusia tidak mungkin boleh mengubahnya. Penerimaan dan persepsi setiap individu adalah amat berbeza..

Pam aper yg sesuai?

,
Mama rasa bangga dan berbesar hati untuk berkongsi pengalaman..especially pasal anak2..Apa2 saja berkenaan anak2 mama suka nak berkongsi n explore more..ye lah kan anak2 skrg sumernya advanced so kener tahu lebih ..semuanya utk kebaikan dorang jugak..

Haritu collegue mama tanya..pump aper yg sesuai yerk..Mama pun terus suggest kan S3(Spectra 3)..mmg pada zahirnya mahal (tp murah kalau nak banding ngan medela freestyle).. Mama tahu ada antara collegue mama yg guna pureen.. mama akui murah ..tapi bukan hospital standard ..and paling penting tak ikut baby suction..sbb tu bila pump sakit..and kadang2 susu pun tak kuar.. Mama ada terbaca dlm susuibu.com baru2 nie ..brand yg byk memberi bantuan..(cewah...) dlm menggalakkan pengeluaran susu antaranya medela freestyle( cam nak beli..tapi rega cecah 4 angka tu) , spectra, avent isis, mamavic..

Mama tahu harga yg menjadi issue bila nak beli pump nie ..tapi cuba kita fikir kebaikan dia...
1-bila dapat pump susu dgn banyak dan jayanya... ->tak payah kuar duit nak beli susu formula (dulu Fariz ngan Farihin minum isomil..pergghh tak hingat mahalnya tuh..sebulan 8tinxRM53=RM424 more or less lah..itupun kener pantau rega. Sebulan tu..mana lagi mahal???pump ke susu????)
2-kalau quality n ader after sales service yg baguih...bley guna turun temurun tu....sampai anak nombor xx tu..(mana murah???)

Tapi kan ..mama rasa pokok pangkalnya kita sebagai ibu kan..kalau nak sedaya mungkin kita akan buat yg terbaik utk anak..

*Mama-semoga Farhan dapat hanya susu yg terbaik sahaja..InsyaAllah..

Friday, January 15, 2010

calcium?jantung pisang?....waaaa

,
Minggu ke-2 di tempat kerja..Stock susu mula berkurangan di refri..Susu pam di opis? Hari pertama..12 auns..wow memberansangkan..hari ke-2?ok lagi..menggalakkan..tapi kenapa bila masuk minggu ke2..makin kurang ... Ini tak boleh jadik nie..sesuatu harus dilakukan demi anak ini.. Mama kena lebih komited dgn pengepaman secara berkala..

Tadi mama surf blog favorite mama..susuibu.com..pelbagai info mama dapat dari situ untuk perbanyakkan susu.. Makan jantung pisang..ikan bilis..lobak putih..sawi..kucai..susu pun kena byk minumnya..Ermmm mama rasa byk yg mama perlu kaji...muhasabah..Mama harus lebih tegar.. Mungkin betul kata org..menyusu badan nie kena relax..tak bley tensi..nnt susu boleh jadik tak kuar langsung..ermmm...dari hari ke sehari...susu merundum..mungkinkah aku bertukar kepada FM??? arggghhhh

tidakkkkk

Friday, January 8, 2010

Bermulanya tugas ku..

,
Bermulanya tugas ku sebagai ibu susu yang bekerjaya...
Sedaya upaya aku cuba untuk mengepam susu sebanyak mungkin..dan di mana pun berada...

Macam tak logik untuk di pam di ofis esp kat tpt duduk sendiri..tapi nak wat cemaner..demi anak..hamba turutkan...Tapi kadang2 seronok pulak..excited pun ader..bg mengumpul susu ..tak boleh ponteng ponteng tau....Huda...Cai yok!

Farihin...hari nie..

,
Farihin sayang mama..Kenapa harini byk menangis?
Sungguh cemburu dia dgn Farhan..Mungkin terasa sumer brg dia kener rampas ngan Farhan kot... Ermm pagi tadi ..Dia tak bagi Farhan guna beg dia...Adoiii nak kener cari beg lainlah pulak..Agaknya dah biasa berdua dgn Fariz..bila datangnya Farhan..dia rasa satu ancaman kot..fenin2

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

::: Corat.CorEt.90home ::: Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates